2020: Loncatan Besar untuk Pine dan Penunjuk

Jan 11, 2021

TradingViewer kini boleh melakukan lebih banyak dengan menggunakan penunjuk dan strategi yang ditulis dalam Pine. Terdapat dua sebab untuk perkara ini:

  1. Anda sentiasa menghantar cadangan anda untuk penambahbaikan.
  2. Pengasas dan ketua pasukan kami sentiasa mendengar maklum balas anda, dan pembina kami bekerja keras untuk memenuhi permintaan dan penambahbaikan yang anda minta.

Penambahbaikan untuk pedagang

Bersama, kami boleh menggerakkan gunung, namun dalam semua usaha ini, amat mudah untuk melupakan pencapaian kami. Berikut merupakan penambahbaikan teratas yang dibuat untuk penunjuk dan strategi untuk para pedagang semasa 2020:

Penambahbaikan kepada Skrip Pine

TradingViewers yang menggunakan penunjuk dan strategi juga mendapat manfaat daripada penambahbaikan yang kami buat kepada bahasa pengaturcaraan Pine kami kerana mereka membolehkan pengekod Pine kami membina skrip yang lebih hebat.

Berikut ialah penambahbaikan penting yang dilakukan kepada Pine dalam 2020:

Semakin banyak pedagang yang berminat dengan pemberitahuan yang lebih fleksibel. Semakin banyak pedagang ingin menyaring pasaran dengan skrip Pine dan bekerja dengan volum dalam cara yang lebih kreatif. Ini merupakan fokus kami di samping meningkatkan kualiti kaedah pengekod mengawal input dan visual skrip mereka.

Kami membina Pine untuk anda dan sentiasa berusaha untuk menjadi bahasanya mudah difahami oleh pedagang yang baru ingin belajar cara pengaturcaraan – pada masa yang sama cukup berkuasa untuk pengaturcara yang berpengalaman.

Salut kepada pengaturcara Pine kami

TradingView mempunyai banyak penunjuk terbina dalam, namun ia tidak dapat menandingi penunjuk yang dibina oleh komuniti kami yang kreatif dari segi keluasan dan kauntiti.

Berikut hanya beberapa skrip 2020 yang paling popular digunakan oleh pedagang:

SuperTrend, oleh KivancOzbilgic

Divergence for many indicator v3 dan Pivot Point Supertrend, oleh LonesomeTheBlue

Divergence Indicator (any oscillator), oleh yatrader2

[RS]ZigZag Multiple Methods – Forecast – patterns – labels, oleh RicardoSantos

Jika anda tidak mengenali Pine Wizards kami, anda boleh merujuk kerja mereka. Mereka merupakan pengarang yang banyak menyumbang kepada platform TradingView.

TradingView semakin menjadi standard dalam komuniti pedagang dan pelabur dari seluruh dunia, semakin banyak pengarang skrip menyertai platform ini dan terdapat beberapa pengarang yang sedang membina nama di kalangan yang terbaik: KivancOzbilgic, LonesomeTheBlue, rumpypumpydumpy, dgtrd, BigBitsIO, EvoCrypto, yatrader2, john_everist, theheirophant, balipour, capissimo, RedKTrader, dan banyak lagi.

Banyak daripada pengaturcara Pine yang berpengalaman merupakan sebahagian daripada kumpulan PineCoders. Antara tugas mereka dengan akaun moderator PineCoders  ialah menyederhanakan skrip, memilih Scripts Editors’ Picks, menerbitkan material pendidikan tentang Pine, dan menjawab soalan-soalan Pine dalam forum.

Kami bekerja dengan PineCoders untuk memilih, mereka dan mengutamakan cadangan pengguna yang mungkin dijadikan ciri baru di TradingView. Banyak PineCoders telah menyumbangkan masa mereka untuk membantu menambahbaikkan platform ini dan mengurus komuniti pengaturcara Pine di TradingView. Mereka bekerja di belakang dan jarang mendedahkan diri mereka, jadi kami akan melakukannya untuk mereka:

  • RicardoSantos adalah sebahagian pengurus PineCoders. Selain menjadi Maestro, beliau merupakan pengarang paling kreatif di platform, juga merupakan pedagang berpengalaman yang banyak menyumbang kepada reka bentuk ciri baru dan membantu dalam pemilihan Pilihan Editor. Beliau juga penyumbang besar dalam kumpulan ujian beta. Walaupun beliau melihat diri sendiri sebagai orang biasa, tetapi apabila Maestro bercakap, yang lain akan mendengar.
  • scarf ialah salah satu pengasas PineCoder dan sebahagian daripada pasukan pengurusan mereka. Pedagang berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam penunjuk, buku perdagangan dan metodologi.
  • allanster juga bersama pasukan pengurusan. Beliau bertanggungjawab memantau kumpulan Telegram Pinescripters. Allanster mengenali penunjuknya dan merupakan pengekod yang teliti, dan sering memeriahkan kumpulan tersebut dengan humor beliau.
  • e2e4mfck juga bersama pengurusan. Beliau ialah penyumbang penting kepada praktis penyederhanaan skrip dan membantu mengumpulkan cadangan para pengguna. Beliau juga menerbitkan kod Pine yang bersih.
  • midtownsk8rguy ialah penyumbang major kepada banyak reka bentuk ciri-ciri di platform. Beliau ialah peminat Ehlers dan menerbitkan skrip gaya quant yang cuba melebihi batasan visual Pine.
  • Peter_O, Duyck, Jos dari Kodify, mortdiggidy, Daveatt, DonovanWall, LonesomeTheBlue dan bmastien nengenali platform kami secara menyeluruh dan merupakan penyumbang tetap kepada ciri-ciri baru, laporan pepijat dan aktiviti ujian beta. Kebanyakan mereka juga menjawab soalan pengguna dalam forum awam.
  • everget, bersama dengan Maestro, berperanan penting dalam usaha melancarkan PineCoders. Tambahan dengan menerbitkan kod Pine yang sempurna dan kreatif, beliau sangat memerhatikan ciri-ciri baru dan selalu membantu dalam infrastruktur PineCoders. Beliau dan Maestro juga membantu mencipta Pine Script Coding Conventions, yang kami telah menjadikannya sebahagian daripada dokumentasi Pine kami.
  • alexgrover menulis panduan Digital Signal Processing in Pine , menerbitkan skrip untuk membatu pengekod daripada akaun PineCoders, dan menyumbang kepada reka bentuk ciri-ciri baru.
  • Banyak PineCoders lain juga menjadi mata dan telinga kami dan membantu kami memastikan semua di laman berjalan lancar.
  • LucF ialah ketua PineCoders. Beliau memantau projects PineCoders, menerbitkan kebanyakan material pendidikan daripada akaun PineCoders dan laman pinecoders.com, dan berhubung dengan pasukan kami.

Selagi anda memberitahu kami apa penambahbaikan yang anda ingin melihat, tiada apa yang boleh menghalang kita mencapai kejayaan. Teruskan menghantar idea-idea anda kepada kami!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta