January 15, 2019

Notifikasi Pemberitahuan Kini Tersedia Di Peranti Android

Banyak pengguna kami meminta kami menambahkan ciri notifikasi pemberitahuan dan kami tidak boleh membiarkan permintaan ini tidak dipenuhi. Mulai sekarang, pemberitahuan akan dihantar kepada peranti Android anda melalui notifikasi ‘Push’. Anda akan menerima kemas kini segera berkenaan pasaran.

Berikut merupakan langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk mula menerima notifikasi ‘push’

  • Muat turun versi terkini aplikasi di Google Play Store;
  • Log masuk dengan kelayakan anda;
  • Untuk membenarkan aplikasi TradingView menghantar notifikasi ‘push’ dalam tetapan. Untuk membolehkan ini, anda perlu pergi ke Tetapan -> Notifikasi -> Pilih Aplikasi TradingView-> Buka ‘Benarkan Notifikasi’;
  • Tandakan kotak Memberitahu melalui Aplikasi semasa mencipta pemberitahuan;

Tambahan pula, jangan lupa untuk menyenarai putihkan applikasi tersebut di peranti android anda. Notifikasi ‘push’ akan tersedia kepada semua pengguna tanpa mengira jenis pelan langganan. Dengan ini, pengurusan pelaburan anda menjadi lebih mudah.

Seperti biasa, maklum balas anda amat dihargai. Hubungi kami jika anda mempunyai sebarang cadangan atau idea untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana memilih TradingView & selamat berdagang!