October 17, 2018

Notifikasi makluman kini boleh dihantar terus kepada aplikasi IOS anda!

Kami telah menerima banyak permintaan untuk menambah notifikasi secara “push” kepada aplikasi iOS kami. Malah, kami telah mula menerima cadangan tersebut sejak awal penerbitan aplikasi dalam AppStore. Pasukan TradingView sangat teruja untuk mengumumkan notifikasi secara “push” kini terdapat dalam aplikasi iOS! Dapatkan segera ciri ini pada iPhone & iPad anda untuk terus mendapat makluman terkini berkenaan pasaran & pelaburan anda.

Anda perlu lakukan yang berikut untuk mula menerima notifikasi secara “push” melalui aplikasi iOS.

  • Muat turun versi terkini aplikasi TradingView dari AppStore.
  • Log masuk ke akaun TradingView anda
  • Benarkan aplikasi tersebut untuk menghantar notifikasi dalam “setting”. Anda perlu mengakses Setting -> Notification -> Pilih TradingView App -> pilih Allow Notifications.
  • Tandakan kotak Notify on App bila anda memasukkan suatu makluman.

Itu sahaja! Ciri terbaru ini boleh didapati oleh semua pengguna tidak kira pelan mana yang anda langgan. Ia kini lebih mudah untuk menguruskan pelaburan anda bila tidak berada dihadapan komputer.

Seperti biasa, maklumbalas anda sangatlah kami hargai. Maklumkan kepada kami jika anda mempunyai sebarang cadangan atau idea untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana memilih TradingView & selamat berdagang & melabur!

Spread the love