October 11, 2019

Penjelasan ranap aplikasi Android

Sesetengah pengguna Android kami mengalami kelambatan dan ranap aplikasi pada beberapa minggu yang lepas.

Punca utama isu ini berlaku ialah komponen WebView yang disediakan oleh Android. Salah satu kemas kini terkini komponen ini mengandungi ralat yang menyebabkan berlakunya isu ini. Kami berusaha sedaya upaya untuk menangani isu ini tetapi perkara ini berada di luar kawalan kami. Google mengesahkan isu ini telah diselesaikan dan anda tidak sepatutnya mengalami masalah ini lagi.

Sila kemas kini komponen WebView anda untuk menyelesaikan isu ini – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.google.android.webview . Jika anda menggunakan Chrome dalam peranti anda, sila mengemaskinikan pelayar tersebut –  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.android.chrome

Kami sedang mempertimbangkan untuk mengecualikan Sistem WebView supaya kami tidak bergantung kepada komponen yang disediakan oleh Google kerana objektif utama kami ialah memastikan anda semua mendapat pengalaman yang terbaik semasa menggunakan TradingView.

Terima kasih kerana memilih TradingView!

Pasukan Mudah Alih TradingView