Mengumumkan Carta Ringan 2.0

May 6, 2020

Pasukan TradingView bergembira untuk mengumumkan Carta Ringan 2.0. Kami telah menambahkan paparan sempurna piksel, penambahbaikan skala masa , API dan banyak lagi. Dalam post ini, kami akan menjelaskan secara lanjut setiap kemas kini.

Paparan sempurna piksel

Semua Carta Ringan akan muncul dalam resolusi tertinggi dan dipaparkan dengan kelajuan yang tinggi. Anda tidak perlu lagi membuat sebarang pelicinan dan resolusi akan menjadi dinamik, termasuk penambahbaikan berikut:

  • Pada mana-mana resolusi skrin atau zum pelayar( sama ada 100% atau 300%). Carta tidak akan mempunyai pelicinan dan garisan pada koordinat yang sama pada piksel yang sama;
  • Apabila aras zum bertukar di pelayar, carta akan kekal di lokasi sedia ada tanpa perlu disegarkan;
  • Semua elemen carta akan bertukar dan diselaraskan mengikut grid piksel.

Imej-imej sebelum dan selepas di bawah menunjukkan impak paparan sempurna piksel:

Penambahbaikan skala masa

Kami telah membuat beberapa penambahbaikan kepada bagaimana zum dekat atau jauh dari carta. Anda kini boleh menatal atau zum sehingga anda melihat sekurang-kurangnya 2 bar pada carta. Contohnya seperti di bawah:

Penambahbaikan API untuk pilihan handleScroll dan handleScale

Sebelum ini, dalam versi 1,0,  untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan pilihan penatalan dan zum, and perlu menyenaraikan semua pilihan satu per satu. Kami telah memudahkan prosesnya.

Dalam Carta Ringan 2,0, anda boleh mengeset handleScroll dan handleScale kepada true atau false tanpa perlu menyenaraikan setiap permintaan. Pembaikian ini membolehkan anda membuka/menutup pilihan penatalan dan zum.

Format tarikh baru

Amat penting untuk pedagang dan pelabur melihat tarikh dan masa pada carta setiap masa. Dalam Carta Ringan 2.0 , kami telah menambahkan 19 format tarikh baru untuk dipaparkan pada carta.

Pilihan baru untuk memaparkan harga terakhir bersiri.

Dalam versi sebelum ini, harga garisan bersiri sentiasa mengikut nilai bar terakhir, walaupun tidak kelihatan. Kami ingin membaiki isu ini dan dalam Carta Ringan 2.0, anda kini boleh melihat garisan untuk bar terakhir:  

Ribuan terima kasih kepada komunit!

TradingVuew ialah komuniti yang terdiri daripada pelabur, pedagang dan juga pembina. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu dalam pelancaran ini:

Andree Yosua;

kpaape;

Matt Conway.

Kami mempunyai lebih banyak untuk menunjukkan kepada anda

Dalam post ini, kam hanya memperkenalkan sedikit sebanyak tentang kemas kini dalam Carta Ringan 2.0. Untuk melihat senarai lengkap perubahan, sila rujuk nota Github kami. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Carta Ringan boleh membantu anda, sila kunjungi Perpustakaan Carta kami.

Kami berharap anda menikmati kemas kini ini. Seperti biasa, sila menghantar komen, cadangan dan maklum balas anda kepada kami.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta