Mengumumkan Carta Ringan 3.0

Jul 6, 2020

Kami teruja untuk melancarkan Carta Ringan 3.0. Kami telah menambahkan kebolehan untuk meletakkan dua skala harga pada masa yang sama, menentukan pengiraan bar daripada kiri/kanan data dilihat, menggunakan format data tersendiri, menggantikan julat skala automatik dan banyak lagi. Dalam hantaran ini, kami akan menjelaskan setiap kemas kini dan menunjukkan bagaimana and boleh bermula menggunakan versi terbaru Carta Ringan kami.

Perubahan penting

Ini merupakan pelancaran yang major bagi perpustakaan di mana terdapat beberapa perubahan penting:

  • Kedua-kedua kaedah subscribeVisibleTimeRangeChange dan unsubscribeVisibleTimeRangeChange  telah dipindahkan dari CHartApi kepada TimeScaleApi
  • Dengan pelancaran 3.0 ini, anda boleh menentukan paksi harga yang dikehendaki untuk meletakkan siri. Begitu juga dengan memindah siri antara skala harga.

Lihat dokumen perubahan penting kami dengan panduan komprehensif yang akan membantu anda bermigrasi dengan lancar.

Dua skala harga

Sejak versi awam yang pertama, perpustakaan hanya menunjukkan satu skala harga pada masa yang sama( dari kiri ke kanan), jika ada. Dengan versi 3.0 , anda kini boleh memaparkan dua skala harga serentak. Ini bermakna, anda boleh menambahkan dua siri pada carta dan meletakkan mereka pada skala harga berbeza (satu di kiri dan satu lagi di kanan) dan mereka boleh dilihat. Tambahan pula, anda boleh meletakkan beberapa siri pada skala harga yang sama, meskipun bertindih. Ini membolehkan anda membuat kajian sendiri dengan beberapa output di mana anda boleh menjadikan setiap output sebagai siri yang berasingan dan letakkan mereka pada skala harga yang sama supaya boleh diskalakan bersama.

Mengira bar dan kebolihatan bar

Katakan anda sedang membina sebuah aplikasi dan anda perlu melaksanakan pemuatan data berterusan apabila seseorang pengguna menatal ke arah kiri dalam sejarah (dapat dilihat di sini). Ini merupakan ciri asas bagi penyelesaian carta.

Perpustakaan versi 3.0 memiliki banyak penambahbaikan yang berkaitan dengan ciri ini. Contohnya, anda kini boleh mendapatkan maklumat tentang berapa bar dalam satu siri dari bar kiri atau dari kanan bar kanan. Anda juga boleh membuat ramalan  dan memuatkan bar baru terlebih dahulu supaya para pengguna tidak ternampak sebarang “freezing” atau penangguhan pemuatan. Contohnya, apabila anda memuatkan bar tambahan apabila pengguna menatal ke kiri supaya carta hanya ada 50-100 bar dalam sejarah.

Selain itu,  API juga boleh digunakan untuk menyegerakkan julat yang boleh dilihat( seperti kelihatan di carta berganda TradingVIew) antara beberapa carta. Apabila satu carta bergerak, yang lain juga bergerak.

Format tarikh

Sebelum ini, kami mempunyai senarai kod untuk format tarikh tersedia (sejulah19 format), jadi anda tidak boleh menyesuaikan dan menggunakan format tersendiri anda yang lebih sesuai untuk keperluan anda.

Dalam versi 3.0, kami telah membolehkan anda mengunakan rentetan(string) tersuai sebagai format tarikh . Contohnya anda boleh menggunakan `yyyy-dd` atau `yyyy`, yang sesuai untuk carta bermusim.

Format tersuai boleh terdiri daripada mana-mana rentetan(string) , yang mengandungi ‘placeholder’ tarikh di mana kami akan menggantikan nilai tarikh yang bersepadan:

  • `yyyy` – tahun (e.g. 2020)
  • `yy` – tahun – singkat (e.g. 20)
  • `MMMM` – bulan – panjang (e.g. July)
  • `MMM` – bulan – singkat (e.g. Feb)
  • `MM` – angka (dengan sifar di depan jika perlu) (e.g. 03)
  • `dd` – haribulan (dengan sifar di depan jika perlu) (e.g. 15)

Menggantikan julat harga bersiri

Secara lalai, perpustakaan menggunakan semua data boleh dilihat pada carta untuk mengira julat harga semasa dalam mod skala automatik. Namun demikian, jika anda ingin membuat perubahan, contohnya, jika anda pasti siri itu tidak mempunyai nilai negative, anda boleh menukarkan julat harga supaya hanya memaparkan nilai positif dan perpustakaan akan mengubah julat harga dengan sewajarnya.

Kebolehan untuk menambahkan teks kepada penanda siri.

Penanda siri berguna untuk menambahbaikkan UX carta. Mereka membolehkan anda memaparkan penanda( cthnya anak panah, bulatan, atau segi empat) di sebelah bar bersiri. Dalam versi baru perpustakaan kami, anda boleh menetapkan tandatangan atau teks untuk setiap penanda supaya anda boleh menambahkan kapsyen atau nota.

API untuk menukarkan masa kepada koordinat dan sebaliknya

Adakalanya, fungsi meletakkan bayangan atau teks di atas perpustakaan pada masa yang spesifik di carta diperlukan. Dalam versi 3.0 kami, kami telah menambahkan  kebolehan untuk menukarkan masa kepada koordinat X dan sebaliknya, di mana API akan menentukan koordinat skrin. Selain itu, anda kini boleh mendapatkan kelebaran skala harga boleh dilihat(kiri atau kanan). Ini amat berguna jika anda mempunyai skala harga kiri dipaparkan dan anda perlu mendapatkan koordinat tepat dalam carta.

Kebolehan untuk menyembunyian tanda skala harga

Tanda pada skala harga mungkin mengelirukan kerana mereka kelihatan seperti simbol tolak. Namun demikian, anda boleh menyahaktifkan simbol ini supaya perpustakaan tidak memaparkannya. Ini bermakna, tiada lagi simbol yang mengelirukan pada carta anda jika anda ingin mengosongkan carta anda.

Lebih banyak ciri, tetapi saiz yang kecil

Salah satu maksud “ringan” merujuk kepada saiznya. Versi pertama perpustakaan ini adalah sebesar – 43.7KB dalam min.gz. Sejak itu, kami telah menambahkan banyak ciri dan mungkin berfikir saiz bertambah dengan penambahan ciri, tetapi realitinya tidak.

Dalam pelancaran ini, kami telah melaksanakan pelbagai teknik untuk mengurangkan saiz perpustakaan. Oleh itu, versi 3.0 hanya sebesar 42.2KB dalam min.gz , iaitu lebih kecil daripada sebelum ini, tetapi penuh dengan pelbagai ciri dan alat tambahan.

Ribuan terima kasih kepada komuniti kami

TradingView merupakan sebuah komuniti pelabur , pedagang dan pengatur cara. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu dalam pelancaran ini:

Kami mempunyai lebih untuk anda

Kami hanya berkongsi sedikit dalam hantaran ini berkaitan apakah baru dalam Carta Ringan 3.0. Untuk melihat senarai lengkap, kami menggalakkan anda menyemak nota Github kami untuk maklumat lanjut. Jika anda ingin mempelajari lebih bagaimana Carta Ringan boleh membantu anda, sila kunjungi Carta Perpustakaan kami.

Kami berharap anda akan menikmati kemas kini ini. Seperti biasa, kami mengalu-alukan komen, cadangan dan maklum balas anda. 

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta