‘Array’ Kini Tersedia dalam Pine

Sep 10, 2020

Pine kini boleh menggunakan ciri ‘array’ yang baru untuk membina data tersuai. ‘Array’ meningkatkan kebolehan Pine dengan membenarkan pengekod mengurus dan mengira struktur data satu dimensi yang mengandungi elemen-elemen seperti berikut : floatintbool, atau color.

Garisan ini mencipta ‘array’ yang dipanggil levels yang mengandungi elemen terapung yang diasal dengan nilai na:

levels = array.new_float(size = 3, initial_value = na)

‘Array’ menyokong perubahan saiz secara dinamik. Fungsi khas membenarkan pelbagai transformasi ‘array’ termasuk menyalin, menyusun dan memotong. Fungsi matematik khas juga beroperasi dengan mereka: array.min()array.max()array.stdev()array.avg()array.median(), etc.

Contoh ini menggunakan ‘array’ untuk membina set data aras harga untuk bar yang volumnya meningkat. Kemudian, ia memplot purata nilai tersebut. ‘Array’ digunakan di sini untuk melaksanakan struktur FIFO (first in, first out).

//@version=4 
study("Price Avg Of Increasing Volume Bars", "", true) 
i_levels = input(20,   "Levels") 
i_src    = input(hlc3, "Source") 

// Initialize array of user-selected size with `na` values. 
var levels = array.new_float(i_levels) 

if rising(volume, 1)     
    // Remove the oldest level from the beginning of the array.
    array.shift(levels)

    // Add the new level to the end of the array. 
    array.push(levels, i_src) 

// Calculate the avg of levels in the array, excluding any `na` values. 
level = array.avg(levels)
plot(level, "Level", close > level ? color.lime : color.fuchsia)

Manual Pengguna Pine tentang ‘array’ akan membantu anda untuk bermula. Anda juga boleh merujuk aksi ‘array’ dalam skrip yang dibina oleh Pengekod Pine yang lain yang kami ingin ucapkan ribuan terima kasih: RicardoSantos dan Duyck:

Graph style – 4th Dimension RSI

Function – Multi Dimension Indexer

Function – K-Means Clustering

Function – Linear Regression

Function – Polynomial Regression

Trendlines – JD

Average Pivot Range – JD

Matrix functions – JD

Skrip ini menunjukkan potensi ‘array’ dalam Pine dan bagaimana mereka boleh membantu kami membina penunjuk dan strategi lebih berkuasa untuk semua pengguna TradingView.

Kami berharap ciri baru yang anda minta ini berguna. Sila teruskan menghantar maklum balas anda kepada kami untuk penambahbaikan. Kami membina TradingView untuk dan sentiasa bergembira untuk mendengar pandangan anda tentang kemas kini yang dibuat.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta