January 19, 2021
Penunjuk Pine Terbina Dalam Terbaru – Lanjutan Fib Auto

Lanjutan Fib Auto ialah penunjuk Pine baru yang berdasarkan penunjuk Anjakan Fib Auto dan Lanjutan Fib Berdasarkan Trend.

Lanjutan Fib ialah alat yang membolehkan anda menentukan di mana harga akan sampai selepas anjakan. Alat ini berdasarkan tiga titik yang ditetapkan oleh pedagang: dua titik pertama menentukan garis trend dan yang terakhir ialah aras anjakan. Dengan penunjuk baru ini, anda tidak perlu set titik-titik tersebut secara manual kerana algoritma akan memilihnya secara automatik.

Untuk menggunakan penunjuk baru ini, buka tab Penunjuk dan pilih Lanjutan Fib Auto

Penunjuk ini ditulis dalam Skrip Pine dan kod sumbernya boleh didapati dalam templat dan ditukar mengikut kehendak anda. Ini boleh dilakukan melalui Editor Pine : klik butang Buka, pilih skrip terbina dalam lalai yang baru daripada menu ke bawah dan cari Lanjutan Fib Auto.

Kami berharap ciri baru yang anda minta ini berguna. Sila teruskan menghantar maklum balas untuk penambahbaikan. Kami membina TradingView untuk anda dan berharap mendapat pandangan anda tentang kemas kini yang berlaku kepada platform kami.

Cara terpantas untuk mengikuti pasaran

Lancarkan Carta