July 31, 2019

Memperkenalkan Bybit – bursa kripto yang baru di TradingView!

Kami mempunyai berita baik untuk pedagang dan pelabur kripto – Bybit kini disokong di TradingView. Bybit mula beroperasi sejak Mac 2018 dan beribu pejabat di Singapura dengan pejabat-pejabat lain di Hong Kong dan Taiwan. Data pasaran masa nyata daripada bursa kripto baru ini kini tersedia untuk semua penguna kami. Hanya perlu memilih Bybit sebagai penapis  untuk mecari symbol ticker. Langkah yang seterusnya ialah mengintegrasikan Bybit ke dalam panel dagangan kami dan membolehkan semua pengguna berdagang di TradingView melalui Bybit.

Terima kasih kerana memilih TradingView dan ikuti kami untuk kemas kini terkini! Lebih banyak broker dan bursa akan datang!