Perubahan kepada penerbitan skrip di TradingView

Jul 26, 2019

Salah satu misi kami di TradingView ialah membina komuniti terbuka di mana ilmu boleh dikongsikan dengan semua orang dari seluruh dunia. Kategori Skrip kami memainkan peranan penting dalam usaha ini kerana terdapat ribuan penunjuk dan strategi yang telah dibina dan diterbitkan menggunakan Pine – bahasa pengaturcaraan kami. Kami berusaha sedaya upaya untuk menyokong penyumbang kami yang menerbitkan skrip sumber terbuka. Berikut ialah beberapa penambahbaikan kami yang terkini.

  • Pengguna tidak akan menerima mata reputasi untuk skrip dilindungi dan jemputan sahaja . Dengan kata lain, cara yang boleh mendapatkan mata reputasi adalah dengan menerbitkan skrip sumber terbuka. Kami percaya pengarang yang berkongsi kod sumber mereka dengan komuniti harus diberi pengiktirafan dan menerima pendedahan berbanding dengan mereka yang menyimpannya secara peribadi.
  • Pengguna-pengguna yang menerbitkan skrip dengan kod sumber terbuka kini akan disenaraikan dalam senarai pengarang teratas( penunjuk & strategi) yang baru kami tambahkan kepada semua kategori.
  • Kami telah menukar reka bentuk suapan dan perpustakaan awam kami supaya ia memaparkan skrip kod terbuka secara lalai. Namun demikian, anda masih boleh melihat semua skrip yang telah diterbitkan. Hanya perlu menyahktifkan penapis di bahagian atas kanan untuk berbuat demikian.

Thanks for choosing TradingView!

Harap maklum bahawa kami telah membuat beberapa perubahan kepada Terma Penggunaan kami yang berkaitan dengan penggunaan dan penerbitan skrip. Mulai sekarang, jika pemilik skrip sumber terbuka tidak memilih sebarang lessen semasa menerbitkan skripnya, ia akan secara automatik diterbitkan di bawah Lesen Awam Mozilla 2.0.

 

Terima kasih kerana memilih TradingView.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta