March 25, 2020

Membina Carta Tentang Impak COVID-19

Penyakit Koronavirus(COVID-19) merupakan masalah global dan tidak perlu untuk kami di TradingView menjelaskan kepada anda betapa seriusnya masalah ini. Sebagai respon kepada krisis kesihatan global yang memberi kesan kepada jutaan orang dari seluruh dunia, kami sedang berusaha untuk memaparkan kecemasan ini melalui visualisasi data. Kami menunggu trend ini bertukar bearis.

Carta Koronavirus

Melukis pada data masa nyata yang diperoleh daripada Center for Systems Science and Engineering (CSSE) di Johns Hopkins University , kami telah membina papan pemuka(dashboard) untuk carta ringan yang menunjukkan bilangan kes terjangkit, kematian dan yang telah sembuh mengikut negara,

Semak  carta dan statistik COVID-19

Ticker koronavirus di TradingView

Anda boleh menambah statistik COVID-19 ( global atau negara tertentu) di platform kami dan menganalisis data tersebut mengikut keperluan anda. Contohnya, anda boleh memplot kadar jangkitan di Amerika Syarikat dengan Indeks S&P 500.

Anda juga boleh mencari semua simbol yang berkaitan dengan virus ini jika anda menaip COVID19: di bar carian symbol. Ini termasuk bilangan kes terjangkit, kematian dan yang telah sembuh mengikut negara.

Lihat maklumat terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk membantu anda mengelakkan penularan koranavirus: pergi ke  who.int

Look first / Then leap

Lancarkan Carta