Memperkenalkan Alat Melukis Baru Kami : Laluan

Sep 18, 2020

Senarai alat melukis kami sentiasa berkembang dan kami bergembira untuk mengumumkan bahawa kami telah menambahkan produk yang baru. Laluan merupakan alat yang sangat menarik yang akan membuat pencartaan anda lebih mudah. Untuk menggunakannya, sila buka menu ke bawah Bentuk Geometrik:

Laluan merupakan rantaian segmen yang berakhir dengan anak panah , membolehkan anda menandakan trend atau gelombang pada carta. Kaedah melukis ini sama dengan poligaris — hanya perlu memilih titik permulaan, dan menandakan titik yang seterusnya, yang akan disambung secara automatik menjadi garisan. Untuk keluar daripada mod melukis, anda hanya perlu klik dua kali pada titik akhir Laluan:

Jangan lupa anak panah boleh ditandakan pada permulaan atau akhir Laluan. Anda boleh menukar paparan dalam menu tetapan alat atau bar alat terapung:

Kami ingin mendengar pendapat anda. Oleh itu, sila menghantar maklum balas dan cadangan anda kepada kami. Terima kasih kerana memilih TradingView!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta