Menerangkan Gaya Baru Butang Beli/Jual

Aug 3, 2020

Anda tidak lagi perlu untuk mencari tempat yang sesuai untuk panel beli/jual terapung anda kami telah menjumpai lokasi yang terbaik

Panel beli/jual kini diwakili oleh dua butang yang terletak di petunjuk carta. Selaian nilai OLHC, butang baru tersebut membolehkan anda memantau harga Bida/Tawar instrumen dalam masa nyata. Butang tersebut menyokong “susun atur berganda” . Ini bermakna anda kini boleh melihat harga Bida dan Tawar untuk beberapa simbol pada masa yang semasa tanpa bertukar antara skrin.

Perdagangan

Memaparkan Bida/Tawar sebenar daripada broker memang baik, tetapi lebih penting jika butang-butang tersebut membenarkan anda membuat pesanan pasaran untuk kedua-dua arah: beli dan jual.

Apabila mod Letakan pesanan segera diaktifkan, pesanan yang dibuat dengan segera(tanpa menggunakan tiket pesanan) dan kuantiti pesanan yang diperlukan boleh ditetapkan dengan kalkulator kuantiti.

Apabila Letakan pesanan segera dinyahaktifkan, mengklik butang beli atau jual akan membuka tiket pesanan di mana anda boleh melengkapkan konfigurasi dan membuat pesanan.

Butang-butang mempunyai dua mod paparan yang berbeza: mempunyai latar belakang berwarna atau tidak. Jika butang mempunyai latar belakang berwarna seperti merah dan biru, ia bermakna perdagangan dalam mod aktif. Jika latar belakang adalah putih, ia bermakna sesuatu masih tidak bersedia: sama ada broker tidak disambung atau simbol dipilih tidak dapat didagangkan. Tooltip butang akan memberitahu anda tentang isu ini. Dalam mod latar belakang putih, anda masih boleh memantau Bida/Tawar, tetapi butang tersebut tidak akan menggangu anda.

Mengurus kebolehlihatan

Mengurus kebolehlihatan Beli/Jual semakin mudah. Anda boleh dengan mudah menutup atau membuka butang tersebut dalam menu konteks atau menu hamburger.

The option to enable/disable button visibility is also still available from Chart properties either in the Trading section or the Trading menu settings.

Pilihan untuk mengaktifkan/menyahaktifkan  kebolehlihatan butang juga tersedia di Ciri carta sama ada di bahagian Perdagangan atau Menu tetapan perdagangan.

Kami berharap penambahan ini berguna. Seperti biasa, jika anda mempunyai sebarang komen atau cadangan, kami bergembira untuk menerima maklum balas.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta