June 8, 2020
Cari dan Ganti dalam Editor Pine

Kami bergembira untuk mengumumkan bahawa kami telah menambahkan kebolehan untuk cari dan ganti dalam Editor Pine.

Untuk menggunakan fungsi ini, sila tekan CTRL+F ncari) or CTRL+H (cari and ganti). Sebuah tetingkap akan muncul di bahagian atas kanan editor di mana anda boleh memilih parameter yang anda perlu.

Anda boleh melihat keputusan dengan menggunakan anak panah yang terpapar di panel di atas skrin anda atau menggunakan anak panah pada papan kekunci (keyboard)

Dengan mengklik anak panah di bahagian kiri medan carian ( atau menekan CTRL+H) , anda boleh membuka medan cari dan ganti.

Di bahagian kanan medan mengganti, anda akan dapat melihat butang Ganti dan Ganti semua yang membenarkan anda menggantikan elemen yang anda jumpa, atau menggantikan semua elemen yang dijumpai dalam skrin anda sekaligus.

Alat cari dan ganti kami juga mempunyai ciri-ciri dan pilihan tambahan yang lain. Semak grafik di bawah bersama definisinya.

Match case —carian sensitif huruf

Whole word — mencari perkataan keseluruhan sahaja. Contohnya, apabila mencari perkataan separa seperti “eme” dengan pilihan perkataan keseluruhan, perkataan seperti “theme” dan “meme” akan diabaikan dan tidak muncul dalam keputusan carian anda.

RegExp —  carian ekspresi biasa

Kami anda akan menikmati kemas kini ini. Sila terus menghantar komen, maklum balas dan cadangan anda. Terima kasih atas sokongan anda selama ini.

Cara terpantas untuk mengikuti pasaran

Lancarkan Carta