Selamat datang, Gemini! Perdagangan Kripto Bertaraf Institusi Kini Tersedia di TradingView

Feb 4, 2020

Kepada komuniti kripto kami,

Hari ini, kami bergembira untuk mengucapkan selamat datang kepada Gemini Trust Company, LLC (Gemini) kerana menjadi rakan kongsi perdagangan paduan kami. Anda kini boleh berdagang atau melabur secara terus melalui TradingView dan pada masa mengekalkan keselamatan perdagangan di bursa Gemini.

Anda akan mendapati Gemini telah disenaraikan di Panel Perdagangan , dan Seksyen Broker yang baru di TradingView.

Gemini ialah bursa dan penjaga matawang kripto yang membolehkan para pelanggan membeli, menjual dan menyimpan mata wang kripto seperti Bitcoin, Bitcoin Cash, Ether, Litecoin, dan Zcash. Gemini ialah syarikat amanah New York yang perlu mematuhi keperluan rizab modal, keperluan keselamatan siber, dan standard pematuhan perbankan yang ditetapkan oleh Agensi Perkhidmatan Kewangan New York dan Undang-undang Perbankan New York. Gemini ditubuhkan pada tahun 2014 oleh adik-beradik kembar Cameron dan Tyler Winklevoss untuk memberikan kuasa kepada individu melalui kripto.

Sekiranya anda masih belum memiliki akaun Gemini, anda boleh mendaftar di sini. Prosesnya amat mudah dan akan memberikan kepada anda kebolehan yang sepenuhnya untuk berdagang melalui akaun TradingView anda.

Kami bergembira membawa masuk Gemini sebagai rakan kongsi perdagangan kami untuk memudahkan pelaburan kripto lebih mudah untuk komuniti kami. Ikuti kami untuk lebih banyak pelancaran pada minggu yang akan datang!

Pasukan TradingView.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta