Cara untuk melindungi akaun anda

Apr 6, 2020

Di TradingView, kami bekerja keras untuk melindungi akaun anda. Harus diingati bahawa kami hanya boleh buat sebaik boleh dan langkah terpenting dalam sekuriti harus diambil oleh oleh pengguna. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh anda lakukan untuk akaun TradingView anda selamat:

  • Jangan menggunakan kata laluan untuk semua laman web atau aplikasiJika anda berbuat demikian dan berlaku pelanggaran keselamatan untuk sesebuah laman web dilanggar, maka semua laman web dan aplikasi yang anda guna juga menjadi risiko. Penggodam akan mendapat akses kepada pelbagai akaun anda dan perkara ini sebenarnya boleh dielakkan. Anda juga perlu mengingati semua kata laluan anda. Anda boleh menggunakan pengurus kata laluan melalui pelayar web, sistem operasi atau aplikasi khas.
  • Guna kata laluan yang kuat. Kata laluan anda harus sukar diteka oleh penggodam dan komputer yang lain. Kami menyarankan untuk menggunakan kata laluan yang dijana secara rawat dengan sekurang-kurangnya lebih daripada 12 aksara. Jika anda menggunakan pengurus kata laluan, ia amat mudah. Apabila membuat kata laluan baru, harus diingati kepanjangan adalah lebih penting daripada aksara khas (cthnya. @,#,!,/,<,?,%). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk komik di bawah:

Image by Randall Munroe

  • Menyemak pelanggaran . Semak akaun anda sama ada berlaku pelanggaran keselamatan oleh mana laman web atau perkhidmatan yang biasa digunakan. Anda juga boleh menggunakan Predictive Phishing Protection dalam Google Chromeatau cuba Firefox Monitor atau haveibeenpwned.com. Tukar kata laluan anda sebaik sahaja anda mengetahui akaun/e-mel atau kata laluan anda diceroboh.
  • Elakkan daripada menggunakan perkhidmatan pihak ketiga. Jangan memasukkan log masuk tauliah akaun TradingView anda untuk penyasihan di mana-mana laman web atau aplikasi pihak ketiga.
  • Semak URL. Sentiasa menyemak alamat URL sesuatu laman web. Hos laman web kami hanya terdapat di tradingview.com dan subdomain lain seperti my.tradingview.com Jika ini bukan URL laman yang dipaparkan, keluar segera dan pastkan maklumat anda dilindungi.
  • Mengunakan aplikasi kami. Use our officialGunakan aplikasi TradingView yang rasmi untuk mengelakkan pelanggaran data. Aplikasi kami tersedia di
    Google Play untuk Androiddan App Store untuk iOS.
  • Pilih yang boleh dipercayai.Guna solusi anti-malware yang boleh dipercayai untuk melindungi data anda.
  • Jangan terpedaya dengan scam. Jika anda mendapati akaun anda diceroboh oleh penggodam, jangan sekali-kali membayar penipu, walaupun anda diugut atau diperas oleh mereka. Di sini anda boleh mencari arahan untuk mendapatkan kembali akaun anda.

Kami berharap panduan ini dapat membantu anda melindungi akaun anda dan kami berharap anda memandang serius nasihat kami. Keselamatan anda amat penting untuk kami. Sila kongsikan maklumat ini dengan orang lain yang mungkin mendapat manfaat.

Sekian, terima kasih,

Pasukan Keselamatan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta