Memperkenalkan Komisyen –Perdagangan Kertas Kini Menjadi Lebih Realistik!

Feb 19, 2019

Perdagangan kertas kini berada satu langkah lebih dekat kepada perdagangan sebenar. Anda kini boleh menyelakukan pelaksanaan pesanan dengan fi atau komisyen tersuai yang akan ditolak daripada akaun perdagangan kertas dengan serta-merta.

Anda kini boleh memilih salah satu daripada pilihan komisyen berikut:

  • peratusan tetap untuk amaun (peratusan boleh ditetapkan);
  • amaun tetap dalam dollar AS (amaun boleh ditetapkan).

Komisyen ditutup secara lalai dan akaun perdagangan kertas berfungsi seperti dahulu.

Berikut ialah langkah-langkah yang anda perlu untuk menukarkan tetapan ini:

1) pilih Tetapan Komisyen …menu akaun perdagangan kertas anda;

2) tandakan kotak Termasuk komisyen dalam perdagangan kertas dalam dialog;

3)Pilih jenis Komisyen dan set nilai Komisyen

Anda boleh menganalisis pesanan & komisyen dalam tab Pesanan (kolum komisyen perlu ditambah):

Atau dengan membuka tab Sejarah di mana maklumat tersebut dipaparkan secara lalai:

Terdapat juga bidang berasingan dalam tab Sejarah Akaun untuk memudahkan proses menganalisiskan dagangan dan menyimpan rekod fi yang dikenakan.

Ambil perhatian bahawa nilai-nilai dalam kolum Komisyen akan dipaparkan dalam USD tanpa mengira jenis komisyen yang dipilih (amaun peratusan/tetap).

Selain itu, mata wang akaun perdagangan kertas sentiasa ditetapkan kepada USD di mana keuntungan  dipaparkan dalam USD tanpa mengira symbol-simbol yang didagangkan.

Mari kita mengambil saham EURONEXT: ORA sebagai contoh. Jenis matawang untuk symbol ini ialah EUR. Namun demikian, jika anda membeli saham ini melalui akaun perdagangan kertas anda, kuntungan akan dipaparkan dalam USD (Matawang ditukar mengikut kadar pertukaran yang dikemas kini beberapa kali setiap hari).

Nikmatilah TradingView!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta