Memperkenalkan pembolehubah dalam pemberitahuan

Oct 31, 2019

Kami amat gembira untuk memperkenalkan perubahan dan penambahbaikan terkini yang kami laksanakan untuk pemberitahuan – mesej dengan pembolehubah kini disokong. Anda boleh menggunakan harga, nilai penunjuk, masa bar dan sebagainya sebagai pembolehubah. Anda juga boleh melihat perubahan terkini apabila pemberitahuan dicetuskan dan notifikasi dihantar.

Pemegang tempat(placeholder) yang spesifik untuk pembolehubah perlu digunakan supaya nilai yang terbaru boleh dipulangkan. Lihat senarai pemegang tempat di bawah. Mereka akan dipaparkan di dialog pemberitahuan yang dicipta dan diubahsuai. Mesej yang diterima akan mengandungi nilai yang sepadan apabila pemberitahuan dicetuskan.

Contohnya, anda mencipta pemberitahuan untuk simbol ticker NASDAQ:AAPL dan memasukkan mesej berikut:

{{exchange}}:{{ticker}}, Price = {{close}}, Volume = {{volume}}

Apabila pemberitahuan dicetuskan, anda akan melihat nilai-nilai tersebut dan bukan pemegang tempat yang ditunjukkan sebelum ini.

Berikut merupakan senarai pemegang tempat yang tersedia.

1.{{ticker}} – memulangkan ticker( seperti AAPL atau BTCUSD)

2. {{exchange}} – bursa untuk symbol ( seperti NASDAQ, NYSE or AMEX). Data tertangguh akan mengandungi parameter DL atau DLY , cth NYMEX_DL

3. {{close}}, {{open}}, {{high}}, {{low}}, {{time}}, {{volume}} – nilai-nilai sepadan di bar di mana pemberitahuan dicetuskan. Pemberitahuan untuk penunjuk, objek lukisan, carta jenis eksotik bergantung kepada rangka masa, manakala pemberitahuan untuk harga selalu dikira berdasarkan rangka masa 1 minit. {{time}} merupakan bar masa dalam UTC dalam format yyyy-MM-ddTHH: mm: ssZ . Contohnya , 2019-08-27T09: 56: 00Z. Nilai yang tertinggal, ialah nombor poin tetap. Contohnya, 1245.25.

4. {{timenow}} – masa tepat apabila pemberitahuan dicetuskan. Ia diformat dengan kaedah yang sama dengan masa bar {{time}}. Ketepatannya sehingga saat tanpa mengira rangka masa yang dipilih.

5. {{plot_0}}, {{plot_1}}, … {{plot_19}} – siri sepadan penunjuk yang digunakan untuk mengeset pemberitahuan. Siri penunjuk ini merupakan nilai yang anda lihat pada carta. Contohnya, penunjuk Volum terbina dalam mempunyai dua siri – Volum dan Purata Volum. Anda boleh mencipta pemberitahuan pada penunjuk dan memasukkan berikut dalam mesej.

Volume: {{plot_0}}, Volume average: {{plot_1}}

Anda akan melihat nilai sepadan apabila pemberitahuan dicetuskan.

Nota: plot dinomborkan dari sifar

Peraturan yang sama untuk skrip dalam Pine. Siri dikira berdasarkan order panggilan dalam kod. Lihat senarai fungsi-fungsi di bawah. Siri tersebut boleh digunakan dalam mesej notifikasi:

  • plot;
  • plotshape;
  • plotchar;
  • plotarrow;
  • plotbar;
  • plotcandle.

Jika argumen siri untuk fungsi ini mengandungi nilai Boolean, 0 atau 1 akan digantikan dalam mesej notifikasi. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah fungsi – plotcandle dan plotbar – memaparkan 4 siri dan setiap daripadanya akan dinilai dalam logik pernomboran.

Namun demikian, kaedah mengakses plot ini tidak selalunya mudah. Untuk memudahkan prosesnya, kami telah menambahkan sokongan untuk memanggil plot dengan menggunakan nama mereka. Untuk berbuat demikian, sila gunakan pemegang tempat {{plot(“Name”)}}, di mana Name ialah nama siri.

Bagi penunjuk terbina dalam, nama yang disokong merupakan hanya terhad kepada nama yang digunakan dalam versi Bahasa inggeris. Dalam contoh penunjuk Volum untuk mengakses siri menggunakan nama mereka, anda perlu memasukkan berikut dalam mesej:

Volume: {{plot("Volume")}}, Volume average: {{plot("Volume MA")}}

Untuk Skrip Pine mengakses siri, anda juga perlu menetapkan nama daripada argument tajuk untk fungsi sepada( disokong untuk semua fungsi plot kecuali plotcandle dan plotbar) dan bahasa tidak menjadi masalah.Jika anda tidak mempunyai akses kepada kod, nama boleh dilihat dalam tetapan gaya.

Contohnya, untuk mengakses nilai skrip ini:

//@version=4
study("My script")
plot(close, title="series")

Masukkan {{plot(“series”)}}  dalam mesej pemberitahuan.

Nama yang sama dipaparkan dalam tetapan skrip:

Semasa menggunakan beberapa penunjuk dalam satu pemberitahuan, anda boleh merujuk nilai yang pertama – yang masa dipaparkan dulu dalam senarai ke bawah. Lihat contoh di bawah.

Apabila pemberitahuan termasuk tetapan ini, anda hanya merujuk kepada nilai MA. Untuk mengakses nila skrip “My Script”, anda perlu memilihnya dalam senarai menu ke bawah yang pertama.

Anda juga boleh menetapkan pemegang tempat dalam argument mesej untuk fungsi alertcondition. Contohnya:

//@version=4
study("My script")
alertcondition(close>open, message="price {{ticker}} = {{close}}")

Mesej daripada argumen ditarik secara automatik ke dalam tetingkap mesej dalam dialog penciptaan pemberitahuan. Harap  maklum bahawa penciptaan pemberitahuan dengan syarat daripada fungsi alertcondition, nilai penggantian hanya berkesan untuk skrip v4 atau lebih tinggi.

Nilai-nilai daripada pemberitahuan tercetus boleh digunakan bersama dengan webhooks dengan menghantar nilai pembolehubah kepada alamat yang dikehendaki. Ini membuka lebih banyak kemungkinan kepada mereka yang menggunakan pemberitahuan.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta