Menyamaratakan Medan Persaingan untuk Penjual Penunjuk

Mar 4, 2020

Pada mulanya kami membina Marketplace supaya pencipta boleh menjual penunjuk dan strategi mereka kepada pedagang dan pelabur lain. Beberapa tahun kemudian, kami menambahkan ciri jemputan sahaja yang membolehkan pengarang menerbitkan penunjuk dalam mod sumber terlindung dan membolehkan pengarang menentukan siapa yang boleh mengakses skrip mereka.

Baru-baru ini, kami membuat penjual penunjuk bersaing pada aras yang sama tanpa Marketplace. Mereka boleh menjadikan penunjuk atau strategi mereka jemputan sahaja dan menerbitkan secara awam atau peribadi.

Terdapat beberapa pencipta yang sebelum ini menjual di Marketplace tetapi kini menerbitkan penunjuk mereka dalam format jemputan sahaja . Antaranya ialah Rob Booker, di mana beliau dengan besar menjadikan penunjuk beliau tersedia kepada semua!

Jika anda merupakan penjual dan ingin menjadikan penunjuk anda  tersedia dalam mod jemputan sahaja, sila pastikan anda faham terma dan syarat penerbitan skrip. Anda juga boleh menerbitkan skrip jemputan sahaja secara peribadi jika anda hanya ingin berkongsi dengan sesetengah orang di samping mengawal akses kepada skrip anda.

Jika anda memerlukan bantuan, ingin mempelajari lebih atau memberi maklum balas kepada kami, sila hubungi kami! Kami sentiasa mencari jalan untuk nenambahbaikkan platform kami.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta