Fungsi dan Jenis Tatasusunan Baru

Dec 4, 2020

Kami ingin mengumumkan bahawa kami telah menambahkan sokongan untuk rentetan, label dan garisan kepada tatasusunan(array).

Anda kini boleh mencipta tatasusunan jenis ini dengan menggunakan array.new.*() :

array.new_line(size, initial_value)
array.new_label(size, initial_value)
array.new_string(size, initial_value)

Contohnya, anda boleh mencipta tatasusunan untuk rentetan, ialah akan kelihatan seperti:

a=array.new_string(5, "example")

di mana 5 ialah saiz rentetan (tidak wajib) dan “example” ialah nilai awal.

Kami telah menambahkan beberapa fungsi baru untuk kerja dengan tatasusunan.

Fungsi array.join(id, separator) menggabungkan semua elemen tatasusunan dalam satu rentetan dengan memasukan pengasing yang spesifik di antara elemen. Pengasing ialah parameter rentetan tidak wajib, dan merupapakan rentetan kosong secara lalai. Parameter id mengambil int[]float[]string[]. Memulangkan sebuah rentetan.

Fungsi str.split(string, separator) mengasingkan rentetan kepada sebuah tatasusunan untuk rentetan berdasarkan pengasing subrentetan.

Fungsi array.range(id) memulangkan julat statistik untuk sebuah tatasusunan , contohnya elemen tatasusunan maksimum tolak elemen tatasusunan minimum. Hanya tatasusunan int dan float disokong.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta