Corak Candlestick Baru, Kini Semua Terdapat di Satu Tempat

Sep 8, 2020

Pada bulan Julai yang lalu, kami telah menambahkan pelbagai penunjuk yang membolehkan anda mencari corak candlestick di TradingView. Selepas menerima maklum balas anda, kami telah membuat beberapa perubahan kepada sistem corak candlestick yang sedia ada. Ini termasuk menambahkan penunjuk yang membenarkan anda mencari pelbagai corak pada masa yang sama, dan mengembangkan senarai corak terbina dalam yang sedia ada.

Mulai hari, terdapat lebih daripada 17 penunjuk baru tersedia dalam menu Corak Candlestick:

  • Dark Cloud Cover dan Piercing;
  • Morning Doji Star dan Evening Doji Star;
  • Harami Cross (Bearish dan Bullish);
  • Tweezer Bottom dan Tweezer Top;
  • Rising Three Methods dan Falling Three Methods;
  • Rising Window dan Falling Window;
  • On Neck;
  • Upside Tasuki Gap dan Downside Tasuki Gap;
  • Doji Star (Bullish dan Bearish).

Semua penunjuk di atas ditulis dalam Pine , bahasa penskripan rasmi kami. Jika anda ingin memahami lebih tentang algoritma kami, atau mengubahsuai mengikuti kehendak anda sendiri, sila pergi ke kod sumber penunjuk ini dan mengubahsuai dari sana.

Untuk menjadikannya lebih mudah untuk mencari beberapa corak pada masa yang sama, kami telah mencipta penunjuk *Semua Corak Carta* , di mana ia dapat mencari semua corak candlestick yang tersedia di TradingView. Dalam tetapan, anda boleh memilih corak yang dikehendaki dan isyarat mana yang perlu dicari( bullish atau bearish).

Untuk menjadikannya lebih mudah untuk mencari beberapa corak pada masa yang sama, kami telah mencipta penunjuk *Semua Corak Carta* , di mana ia dapat mencari semua corak candlestick yang tersedia di TradingView. Dalam tetapan, anda boleh memilih corak yang dikehendaki dan isyarat mana yang perlu dicari( bullish atau bearish)

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta