Label Harga Tersuai Baru di Carta

Feb 12, 2021

Kami telah menambahkan alat lukisan baru untuk membantu anda menandakan harga dan aras pada carta dan juga menambahkan teks kepada mereka. Alat ini dipanggil Nota Harga, dan ia terletak di panel kira pada carta dalam bahagian Alat Anotasi

Bagaimanakah untuk menambahkan nota harga?

  1. Pilih alat dari panel.
  2. Letakkan pada dua titik. Titik pertama menentukan harga manakala titik kedua merupakan koordinat label harga.

Kekunci panas untuk bekerja dengan alat Nota Harga.

  • Tekan Ctrl (Windows) atau ⌘ (Mac) semasa menentukan titik supaya titik tersebut dilukis kepada nimbol simbol terdekat.
  • Tekas kekunci Shift semasa menentukan titik untuk memastikan kecerunan garis objek dalam tambahan sebanyak 45 darjah.

Selain itu, anda juga boleh menambahkan teks di atas garisan. Hanya perlu buka dialog tetapan objek dengan klik dua kali pada objek, pergi ke tab Teks, aktifkan paparan dan masukkan teks.

Warna sesuatu objek boleh diubah dalam tetingkap tetapan di tab Gaya.

Kami berharap alat baru ini boleh memudahkan proses menandakan carta anda. Kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas dan cadangan anda!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta