Kami Kini Mempunyai Penunjuk untuk Mencari untuk Corak Lilin

Jul 6, 2020

Anda kini boleh mencari pelbagai penunjuk Pine tersedia di platform kami di bawah Corak Lilin. Corak Lilin digunakan dalam analisis teknikal untuk meramal pergerakan harga.

Carta lilin muncul di Jepun pada abad ke-18 dan masih digunakan oleh jutaan pedagang pada hari ini. Walaupun pergerakan carta kelihatan rawak, adakalanya mereka membentuk corak yang boleh digunakan oleh pedagang untuk analisis teknikal.

Corak ini dibahagikan antara isyarat bulis dan bearis. Corak bulis menunjukkan harga sekuriti mungkin naik , manakala corak bearis menunjukkan harga sekuriti mungkin turun.

Untuk menambahkan penunjuk corak lilin, sila pergi ke menu Penunjuk dan Strategi. Dari sana, pergi ke tab Corak Lilin untuk lihat senarai penunjuk yang tersedia. Pilih penunjuk corak yang dikehendaki.

Jika penunjuk menjumpai corak lilin, label istimewa akan muncul pada carta, : biru untuk penunjuk Bulis, merah untuk penunjuk Bearis dan kelabu untuk penunjuk yang boleh menunjukkan isyarat Bulis dan Bearis.

Jika anda ingi mempelajari lebih tentang corak lilin tertentu , anda boleh meletakkan kursor anda di atas label dan baca maklumat yang tertulis dalam tooltip. Semak contoh di bawah.

Penunjuk corak lilin boleh berfungsi dengan sistem pemberitahuan, jika anda ingin menerima notifikasi setiap kali corak lilin muncul pada carta anda. Anda boleh mencipta pemberitahuan baru melalui menu Cipta Pemberitahuan. Untuk menggunakannya, anda perlu menambahkan penunjuk pada carta dan pilih kriteria pemberitahuan  seperti imej di bawah.

Kami berharap anda akan menikmati kemas kini dan sentiasa mengalu-alukan komen dan maklum balas anda. Kami menghargai cadangan anda kerana kesemuanya mempunyai pengaruh kuat terhadap pembinaan produk kami.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta