June 7, 2018

RANGKA MASA BARU UNTUK PENGIMBAS, DATA EKSPORT DAN PENAMBAHBAIKAN YANG LAIN

Rangka masa baru – 1 min , 5 min dan 4 jam

Kini terdapat tiga selang masa tambahan untuk Pengimbas – 1 min, 5 min dan 4 jam.

Pengesetan rangka masa kini terdapat dalam Pengimbas Saham, Pengesan Signal Forex atau Pengesan Signal Matawang Crypto yang terletak di panel instrumen.

1

2

Apabila dipilih, semua kolum akan memaparkan data di bawah rangka masa baru.

Eksport keputusan imbas

Mengeksport keputusan imbas anda meupakan ciri hebat yang baru disediakan untuk analisis pasaran terperinci yang lebih. Instrumen ini sesuai untuk semua jenis Pengimbas di platform anda. Ia terletak di panel instrument dengan simbol seperti berikut:3

Apabila anda menekan butang itu, sebuah fail csv akan dijana dan dimuat turun.

Imbas baru untuk Pengesan Signal Forex dan Pengesan Signal Matawang Crypto

Untuk Pengesan Signal Forex dan Pengesan Signal Matawang Crypto , kami telah menambahkan templat baru – Umum.

4

Sila ambil perhatian bahawa di templat ini tiada pengimbas dipasang, tidak seperti semua templat bina dalam yang lain, di mana pengimbas diaktifkan secara lalai. Dalam templat baru, anda boleh mencari simbol yang anda perlu, dengan syarat kami  menyediakannya.

Pengimbasan serentak untuk beberapa jenis rating

Kami telah menambah baik kebolehan untuk menganalisis instrumen kewangan dengna bantuan rating dalam Pengimbas. Anda kini boleh memilih pelbagai jenis rating untuk pengimbasan serentak.

5

Ciri ini membolehkan anda mengimbas sehingga tiga jenis rating serentak( Rating, Moveing Average Rating dan Oscillators Rating), dan ini memberi anda keupayaan untuk menganalisis data yang diperlukan dengan lebih teliti.

Seperti biasa, kami mengalu-alukan komen dan cadangan anda untuk penambahbaikan.

Look first / Then leap

Lancarkan Carta