Perpustakaan Carta dan Terminal Perdagangan Baru V 1.12 yang Stabil Telah Sampai

Feb 23, 2018

Berita baik! Kami amat teruja untuk mengumumkan versi stabil baru untuk Perpustakaan Carta dan Terminal Perdagangan yang telah dilancarkan. Kami telah membuat banyak perubahan dan beberapa penambahbaikan berdasarkan  maklum balas dan permintaan anda. Berbanyak terima kasih kepada cadangan anda dan kami harap anda menyukai apa yang kami bina.

Apakah yang baru di Perpustakaan Carta?

Antara Muka Pengguna

  • Gaya carta baru – Garis Dasar. (Isu Github #2097)
    Ini menjadikan pergerakan dalam carta lebih mudah!
  • Kebolehan untuk pergi ke tarikh tertentu. (Isu Github #1753)
    Ini menjadikan pergerakan dalam carta lebih mudah.
  • Sesi rehat (Isu Github #1752)
    Jadikan carta anda lebih senang difahami dengan membahagikannya kepada sesi-sesi.
  • Panel lukisan menyesuai baru. (Isu Github  #1145)
    Kini lebih senang untuk menggunakan alat-alat melukis di peranti mudah alih.

API

  • Menambahkan kaedah ‘Override’ untuk kajian yang dibina.(Isu Github #2098)
  • Menambahkan API simpan/muat. (Isu Github #1679)
  • Menambahkan API untuk berinteraksi dengan bentuk dan kajian.(Isu Github #1101)
  • Menambahkan definisi TypeScript(Isu Github #1591)

Indicators

  • Indikator yang mempunyai permintaan tinggi telah ditambah.
  • Indikator Supertrend.(Isu Github #1950)
  • Indikator VWAP. (Isu Github #106)

Penambahbaikan Yang Lain

  • Menambahkan ‘featureset’ untuk tunjuk/sembunyi bar alat di tepi secara lalai.(Isu Github #2209)
  • Menambahkan kaedah untuk menukarkan susunan kajian.(Isu Github #2187)
  • Menambahkan fungsi untuk mengubahsuai skrin pemuatan.(Isu Github #2012)
  • Menambahkan  kebolehan untuk memaparkan harga tutup hari sebelum pada carta intrahari.(Isu Github #1843)
  • Menambahkan kebolehan untuk set aras untung/rugi untuk alat lukis posisi pangjang/singkat.(Isu Github #1691)
  • Menambahkan kebolehan untuk menggunakan simbol sensitive huruf.(Isu Github #1581)
  • Menambahkan kebolehan untuk set aras renti rugi dan ambil untung untuk alat lukis posisi pangjang/singkat dengan menggunakan kaedah API. (Isu Github #1459)
  • Menambahkan kebolehan untuk tunjuk/sembunyi indikator dengan API.(Isu Github #1025)

Apakah yang telah kami baiki?

  • Membaiki penggunaan parameter carta, simbol tambahan dan gaya perbandingan.(Isu Github #1812)
  • Membaiki isu paparan selang perdagangan yang salah.(Isu Github #1787)
  • Membaiki isu berkaitan kemas kini indeks skala masa asas.(Isu Github #2442)
  • Isu bocor ingatan semasa bekerja dengan suapan data telah dibaiki.(Isu Github #2270)
  • Membaiki isu berkaitan kemas kini aras harga untuk garis pesanan. (Isu Github  #2237)
  • Membaiki isu berkaitan penformatan semasa data sebut harga yang tidak diterima dalam tempoh masa tertentu.(Isu Github #2228)
  • Penjajaran bar yang salah telah dibaiki.(Isu Github #2179)
  • Membaiki isu berkaitan permuatan carta disimpan yang terdiri daripada sesi rehat.(Isu Github #2153)
  • Membaiki isu berkaitan bursa dalam petunjuk carta yang dipaparkan salah. (Isu Github #2046)
  • Ralat pengiraan Stoch RSI telah dibaiki.(Isu Github #2038)
  • Menambahkan penterjemahan yang hilang kepada versi Rusia.(Isu Github #1946)
  • Pengesetan carta yang tidak digunakan dikeluarkan daripada pengesetan sifat skala.(Isu Github #1918)
  • Membaiki isu berkaitan dengan mengatasi pengesetan Awesome Oscillator.(Isu Github #1213)

Apakah yang baru dalam Terminal Perdagangan?

Antara Muka Pengguna

  • Penapis posisi individu dan net.(Isu Github #1906)

Broker yang membenarkan pembukaan posisi individu dan net kini boleh memaparkan kedua-dua jenis posisi dalam Panel Perdagangan. Versi Terminal Perdagangan sebelum ini hanya boleh memaparkan posisi net sahaja. Penambahbaikan ini menjadikan ia lebih mudah untuk mengawasi posisi dan akaun perdagangan anda.

  • Log Notifikasi (Isu Github #1896)

Kami telah menambahkan tab baru yang memaparkan semua notifikasi yang diterima daripada broker. Rekod notifikasi akan disimpan sehingga halaman tersebut dikemaskini. Semua notifikasi broker kini boleh dilihat secara mudah daripada satu lokasi.

Penambahbaikan Yang Lain

  • Menambahkan parameter menyusun kolumn untuk jaduak Pengurus Akaun.(Isu Github #2344)
  • Membaiki isu berkaitan dengan kuantiti dalam pesanan semasa langkah harga adalah kurang daripada 1.(Isu Github # 2141)
  • Nombor-nombor dengan pembahagi perpuluhan kini boleh digantikan dalam DOM.(Isu Github #2255)

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta