July 3, 2020
Parameter ‘Resolusi’ Baru Membolehkan Analisis Rangka Masa Berganda

Multi-timeframe analysis (MTF) ialah proses di mana pedagang boleh melihat ticker/penunjuk yang sama menggunakan rangka masa yang lebih tinggi daripada carta. Contohnya, memaparkan purata bergerak harian pada carta satu jam dengan beberapa klik. Ini digunakan oleh pedagang untuk mengkaji aksi harga carta dalam konteks jangka panjang.

TradingView sentiasa menyokong MTF, dengan adanya selang carta tersuai, susun atur carta berganda, dan yang paling penting, fungsi ‘sekuriti’ dalam Pine yang membenarkan anda meminta data daripada ticker atau rangka masa yang lain. Dalam Perpustakaan Awam Pine, anda boleh mencari pelbagai contoh skrip MTF yang menggunakan ‘sekuriti’. Anda juga dapat mencari beberapa contoh dalam hantaran blog ini.

Dengan kemas kini yang terkini, kami telah menambahkan fungsi MTF kepada banyak penunjuk terbina dalam kami. Anda kini boleh menukarkan rangka masa mana-mana penunjuk dalam berapa klik dalam Input dengan menggunakan menu ke bawah “Resolusi” yang baru. Ini menawarkan pelbagai kemungkinan kepada para pedagang.

 

Pengekod Pine boleh menggunakan parameter ‘resolusi’ yang sama seperti yang digunakan dalam penunjuk terbina dalam kami dalam skrip mereka. Dengan hanya menambahkannya kepada kenyataan deklarasi skrip `study` , pengekod kini mempunyai cara yang lebih baik untuk menambahkan fungsi MTF kepada skrip dan membolehkan pengguna menentukan rangka masa yang dikehendaki untuk melaksanakan penunjuk.

Nilai lalai parameter ‘resolusi’ boleh terdiri daripada apa-apa rentetan resolusi yang sepadan dengan nilai dalam menu ke bawah, dengan rentetan (“”) kosong yang mewakili resolusi carta. Menggunakan parameter tersebut akan secara automatik menambahkan  medan input “Resolusi” kepada Input skrip anda.

 

Contohnya, jika anda ingin menggunakan carta dengan resolusi 5m, tetapi ingin menggunakan Purata Bergerak berdasarkan resolusi 1D. Sebelum ini, anda boleh melakukannya dengan fungsi `security’:

//@version=4
study(title="Moving Average", shorttitle="MA with security", overlay=true)
len = input(9, minval=1, title="Length")
src = input(close, title="Source")
out = sma(src, len)
res = input(title="Resolution", type=input.resolution, defval="1D")
s1 = security(syminfo.tickerid, res, out, gaps=true)
plot(s1, color=color.red)

Kini, anda hanya perlu menambahkan ‘resolution=”D”’ kepada panggilan ‘study’ seperti di bawah:

//@version=4
study(title="Moving Average", shorttitle="MA with resolution", overlay=true, resolution="D")
len = input(9, minval=1, title="Length")
src = input(close, title="Source")
offset = input(title="Offset", type=input.integer, defval=0, minval=-500, maxval=500)
out = sma(src, len)
plot(out, color=color.blue, title="MA", offset=offset)

Parameter ‘resolusi’ baru ini menyediakan kaedah yang mudah untuk menambahkan fungsi MTF kepada skrip yang mudah. Untuk skrip Pine yang lebih kompleks, masih memerlukan ‘security’ untuk melakukan pengiraan lanjutan dengan menggunakan maklumat rangka masa yang lebih tinggi.

Harap maklum, anda perlu memuat semula penunjuk untuk parameter ‘resolusi’ muncul.

Contoh-contoh skrip MTF daripada Perpustakaan Awam:

Volatility Stop MTF

5 MAs w. alerts

Supertrend MTF Heikin Ashi

[RS]Multiple Time Frame Relative Strength Index

MTF Selection Framework – PineCoders FAQ

How to avoid repainting when using security() – PineCoders FAQ

 Kami berharap dengan kemas kini ini dan sumber-sumber ini berguna untuk anda. Sila terus menghantar komen, maklum balas dan permintaan anda kepada kami.

Sekian,terima kasih,

Pasukan Pine TradingView

Cara terpantas untuk mengikuti pasaran

Lancarkan Carta