Versi Beta TradingView Desktop Kini Tersedia

Apr 8, 2021

Terima kasih kepada semua orang yang telah memasang dan menggunakan TradingView Desktop Beta! Kami amat bersyukur kepada mereka yang menghantarkan cadangan mereka untuk penambahbaikan atau mereka yang melaporkan masalah yang berlaku. Terima kasih atas sumbangan anda, kami bergembira untuk memperkenalkan kemas kini untuk aplikasi desktop kami yang termasuk peningkatan dan pembaikian pepijat . Berikut ialah senarai penambaikan:

  • Selepas memasang versi ini, anda tidak perlu lagi risau tentang kemas kni: apabila versi baru dilancarkan, anda akan melihatnya dengan hanya memuat semula aplikasi – kemas kini akan muncul.
  • Kami telah menambahbaikkan prestasi: susun atur kini dimuatkan dengan lebih cepat, kami mengurangkan muatan CPU dan penggunaan memori.
  • Anda tidak perlu risau tentang menutup tetingkap secara tidak sengaja dan kehilangan kerja anda, kerana kami telah menambahkan tetingkap pengesahan untuk mengingati anda.

  • Jika anda menutup tetingkap secara tidak sengaja, tetapi ingin mengembalikannya, anda hanya perlu menekan kekunci pintas (Shift+Ctrl+T untuks Windows dan Shift+Cmd+T untuk macOS).
  • Anda kini boleh membuat tab drag’n’drop ke mana-mana posisi, bukan hanya pada akhir senarai.
  • Jika bekerja dalam Windiws, tekan F11 dan akan dibawa terus kepada mod skrin penuh.
  • Kebanyakan ticker kini mempunyai logo di tab – kini lebih senang dikenalpasti.

  • Jika perlu bekerja dengan aplikasi dari awal tab melakukan pemasangan semula, menunya kini mempunyai kebolehan untuk mengeset semula tetapan.

  • Kami telah melakukan banyak penambahbaikan kecil kepada antara muka kerana kami sedar kemudahan adalah penting
  • Kebanyakan pengguna yang menghadapi masalah untuk log masuk dengan akaun Google mereka kini boleh menggunakan keadah pengesahan ini. Namun demikian, kami ini menjelaskan bahawa masalah ini masih belum diselesaikan dengan sepenuhnya dan segelintir pengguna masih akan menghadapi masalah ini semula. Kami sedang berusaha mencari penyelesaian dan ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
  • Jika anda menghadapi masalah untuk menyambung kepada broker sebelum ini, sila cuba semula – ia sepatutnya berjalan dengan baik.
  • Bar alat sentiasa tersedia dalam mod skrin penuh carta.
  • Akhir sekali, tiada pembekuan semasa memulakan aplikasi dalam macOS

Sila memasang versi baru ini (macOS atau Windows*) dan berkongsi pandangan anda. Kami menilai setiap permintaan anda supaya boleh membina aplikasi yang terbaik untuk anda.

*Nota: untuk Windows 10 sebelum versi #2004, anda perlu mengaktikan pilihan ‘Sideload apps’.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta