Perdagangan Kertas kini menjadi semakin baik!

Nov 2, 2017

Kami menyediakan perdagangan kertas untuk membolehkan anda semua berlatih dan meningkatkan kemahiran perdagangan anda tanpa risiko wang sebenar. Salah satu matlamat kami ialah untuk memnyediakan anda dengan satu platform yang membolehkan anda mendapat pengalaman perdagangan langsung secara secara percuma. Selalunya adalah lebih baik untuk menguju strategi dengan wang virtual daripada wang sebenar, bukan?

Seperti yang anda sedia maklum, pesanan diisi dengan harga dagangan terakhir untuk kemudahan. Kami membuat keputusan untuk mengikut keadaan perdagangan langsung dengan menukar ke harga bida/tawar. Sebaik sahaja anda membuat pesanan, ia akan diisi apabila harga yang terbaik diterima, seperti anda berdagang dengan broker sebenar.

Anda boleh lihat pesanan beli/jual di panel perdagangan terapung anda, dialog pesanan atau DOM (Depth of Market). DOM juga membolehkan anda melihat volum untuk harga bida/tawar terbaik.

Sila ambil perhatian bahawa anda tidak lagi dapat berdagang indeks secara terus kerana mereka tiada harga bida/tawar. Anda masih boleh berdagang mereka melalui derivatif. Kami sedar produk-produk seperti TVC:SPX (S&P 500 Index), TVC:DXY (US Dollar Currency Index) adalah popular di kalangan pengguna kami, jadi kami tidak menukar cara anda berdagang mereka.

Perdagangan mata wang kripto tidak banyak bertukar. Harga dagangan terakhir masih digunakan semasa berdagang pasangan yang mengandungi mata wang fiat seperti BITSTAMP:BTCUSD atau COINBASE:LTCEUR. Namun demikian, apabila anda membuat  pesanan, ia akan diisi sebaik sahaja harga dagangan terakhir diterima.

Oleh sebab kami ingin menyamai keadan perdagangan langsung, kami menetapkan pasaran apabila pasaran ditutup, pesanan anda akan ditolak. Sila ingat bahawa perdagangan pra-pasaran dan pasca-pasaran tidak disokong , jadi jangan berharap perdagangan hanya dapat dilakukan semasa sesi perdagangan. Ini bermakna pesanan had atau renti tidak akan diisi sehingga pasaran dibuka. Seperti perdagangan hidup, jika anda membuat pesanan pesanan anda akan diisi di luar waktu perdagangan biasa

Sila pergi dan cuba! Perdagangan Kertas adalah percuma dan disediakan kepada semua pengguna berdaftar dan tidak mengira jenis akaun.

Ikuti kami untuk lebih banyak kemaskini kerana kami sentiasa bekerja untuk menaiktarafkan Perdagangan Kertas!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta