May 28, 2019

Pertandingan Menerbitkan Idea Awam di TradingView

my-image1

Ingin memenangi naik taraf percuma?

TradingView MY akan mengadakan Pertandingan Menerbitkan Idea yang Terbanyak dan Idea yang Paling Popular untuk bulan Jun ini.

Terbitkanlah sebanyak mungkin idea awam di TradingView(versi BM) dan anda berpeluang memenangi naik taraf percuma kepada akaun yang lebih tinggi untuk 6 bulan.

Akaun pemenang akan dinaik taraf selama 6 BULAN mengikut kaedah berikut:

Percuma -> Pro Basic

Pro Basic -> Pro Plus

Pro Plus -> Pro Premium

Berikut adalah syarat-syarat untuk pertandingan idea terbanyak :

1.Idea anda harus diterbitkan secara awam di TradingView versi Bahasa Melayu.
2. Anda boleh menerbitkan idea untuk mana-mana pasaran atau instrumen.
3. SETIAP idea awam yang diterbitkan harus menpunyai tag ‘jun19’. Isikan ruangan tag dengan perkataan ‘jun19’ tanpa menggunakan tanda #. Contohnya, seperti imej di bawah:

4.Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 Jun sehingga 30 Jun 2019.
5. Peserta perlu menerbitkan sekurang-kurangnya 10 idea awam pada bulan Jun untuk layak memasuki pertandingan ini.
6. Peserta digalakkan menerbitkan bukan sahaja analisis dagangan tetapi juga idea-idea pendidikan. ( boleh rujuk peraturan dalaman untuk tips menerbitkan idea yang baik )
7. Peserta yang tidak berjaya memenangi pertandingan ini tetapi telah menerbitkan lebih daripada 60 idea awam pada bulan Jun 2019 akan layak menerima naik taraf percuma selama 6 bulan. Setiap idea awam harus mempunyai tag ‘Jun19’.
8. Selepas mengumumkan pemenang, keputusan kami adalah muktamad.

Idea awam yang paling popular

Selain menerbitkan idea awam di TradingView , anda juga digalakkan untuk berkongsi puatan(link) idea tersebut kepada rakan-rakan anda. Ini disebabkan idea yang paling popular juga akan memenangi naik taraf selama 6 bulan tambahan kepada hadiah-hadiah di atas.

Akaun pemenang akan dinaik taraf selama 6 BULAN mengikut kaedah berikut:

Percuma -> Pro Basic

Pro Basic -> Pro Plus

Pro Plus -> Pro Premium

Berikut adalah syarat-syarat untuk pertandingan idea paling popular :

1.Untuk kategori ini, naik taraf 6 bulan akan dihadiahkan kepada satu pemenang yang menerbitkan idea awam yang mempunyai tanda suka yang paling banyak ( hanya idea yang mempunyai 10 tanda suka ke atas layak memasuki pertandingan ini).

2. Idea tersebut perlu mempunyai tag ‘jun19’, dan diterbitkan dalam TradingView versi BM.

3.Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 Jun sehingga 30 Jun 2019.

4. Selepas mengumumkan pemenang, keputusan kami adalah muktamad.

Menarik bukan? Marilah terbitkan sebanyak yang boleh idea-idea anda dan kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain pada bulan Jun ini.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, boleh bertanya di bilik sembang Saham atau Forex. https://my.tradingview.com/chat/#stock_ms_MY