August 29, 2019

Pertandingan Menerbitkan Idea Awam di TradingView

Ingin memenangi naik taraf percuma?

TradingView MY akan mengadakan Pertandingan Menerbitkan Idea yang Terbanyak pada bulan September ini.

Terbitkanlah sebanyak mungkin idea awam di TradingView(versi BM) dan anda berpeluang memenangi naik taraf percuma kepada akaun yang lebih tinggi untuk 6 bulan.

Akaun pemenang akan dinaik taraf selama 6 BULAN mengikut kaedah berikut:

Percuma -> Pro Basic

Pro Basic -> Pro Plus

Pro Plus -> Pro Premium

Syarat-syarat pertandingan:

  1. Idea anda harus diterbitkan secara awam di TradingView versi Bahasa Melayu.
  2. Anda boleh menerbitkan idea untuk mana-mana pasaran atau instrumen.
  3. SETIAP idea awam yang diterbitkan harus menpunyai tag ‘sep19’. Isikan ruangan tag dengan perkataan ‘sep19’ tanpa menggunakan tanda #. Contohnya, seperti imej di bawah:
  4. Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 Sep sehingga 30 Sep 2019.
  5. Peserta perlu menerbitkan sekurang-kurangnya 10 idea awam pada bulan September untuk layak memasuki pertandingan ini.
  6. Peserta digalakkan menerbitkan bukan sahaja analisis dagangan tetapi juga idea-idea pendidikan. ( boleh rujuk peraturan dalaman untuk tips menerbitkan idea yang baik )
  7. Peserta yang tidak berjaya memenangi pertandingan ini tetapi telah menerbitkan lebih daripada 60 idea awam pada bulan Sep 2019 akan layak menerima naik taraf percuma selama 6 bulan. Setiap idea awam harus mempunyai tag ‘sep19’.
  8. Selepas mengumumkan pemenang, keputusan kami adalah muktamad.

Menarik bukan? Marilah terbitkan sebanyak yang boleh idea-idea anda dan kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain pada bulan September ini.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, boleh bertanya di bilik sembang Saham atau Forex. https://my.tradingview.com/chat/#stock_ms_MY