Skrip Pine Semakin Popular

Oct 29, 2020

Semakin banyak pedagang memilih Skrip Pine untuk membina penunjuk dan strategi. Penerimaan bahasa pengaturcaraan kami yang berluasan telah menjadikannya standard industri. Kami mempunyai 100,000+ lebih skrip percuma dan berbayar dalam Perpustakaan Awam yang telah diterbitkan untuk jutaan pedagang TradingView.

TradingView processes: Skrip Pine yang berjalan dalam infrastruktur TradingView yang sentiasa ada. Apa-apa peranti yang mempunyai pelayar: komputer, tablet, atau telefon , boleh memaparkan carta bersama penunjuk, strategi dan pemberitahuan di ratusan pelayan kami yang terletak di 12 lokasi. TradingView memproses:

  • 5 juta tika skrip(script instances) yang berjalan di carta pada setiap masa. 
  • 1.5 juta permberitahuan bahagian pelayan yang berjalan 24×7.
  • 120 juta kemas kini setiap minit untuk 600 ribu ticker.

Sejak 7 tahun yang lalu, Pine telah berkembang menjadi bahasa pengaturcaraan yang berkuasa. Namun demikian, ia masih mudah dipelajari oleh pengaturcara baru yang ingin membina penunjuk dan strategi. Kami mendengar maklum balas pengekod untuk menyampaikan penambahbaikan yang sewajarnya. Tidak banyak bahasa pengaturcaraan yang berkembang begitu cepat dan kami tidak akan berhenti di sini.

Kami akan sentiasa menyokong pedagang yang memilih Pine dan pada masa yang sama membina ciri baru untuk pengekod Pine dan jutaan pengguna yang bergantung kepada skrip. Dengan perkembangan Pine ini, sudah tentu mempelajari bahasa ini akan membawa banyak manfaat.

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada TradingView dan Pine. Sila terus membantu untuk menentukan masa depan kami dengan menghantar cadangan anda untuk penambahbaikan.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta