Amaran penipuan!

Aug 12, 2019

Kami telah menerima beberapa laporan tentang panggilan telefon daripada penipu yang menyamar sebagai wakil rasmi TradingView. Mereka cuba menipu dan menawarkan peluang pelaburan atau menjual produk yang lain.

TradingView TIDAK menghubungi pelanggan melalui telefon untuk menawarkan perkhidmatan. Semua sokongan teknikal dibuat melalui tiket di laman web kami, dan tiada aktiviti penjualan melalui telefon sejak kami mula beroperasi. Mana-mana individu yang memperkenalkan sebagai wakil TradingView tetapi cuba menjual perkhidmatan lain adalah tidak berkaitan dengan syarikat kami dan dianggap sebagai palsu. Sila berhati-hati jika menerima panggilan dan tawaran yang mencurigakan – jangan sekali-kali berkongsi maklumat peribadi anda dan harap maklum bahawa TradingView bukan broker dan kami hanya menjual langganan bulanan dan tahunan pada halaman Harga yang hanya boleh dibeli melalui laman web kami.

Setahu kami, kebanyakan orang yang menerima panggilan sedemikian bukan pengguna TradingView. Ini tidak berkaitan dengan kebocoran data di bahagian kami, yang tidak pernah berlaku, dan kami masih belum mengetahui dari mana penipu mendapat nombor-nombor telefon tersebut. Kami sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menghentikan aktiviti penipuan ini. Sebarang maklumat yang anda berkongsi dengan kami tentang penipu akan membantu kami – contohnya, nombor telefon, nama, tarikh , nota dan rekod panggilan akan membantu kami membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dan menghentikan serangan ini. Sila hantar sebaranng maklumat kepada pihak berkuasa tempatan dan juga CC laporan tersebut kepada security@tradingview.com supaya kami mempunyai rekod. Sila juga maklumkan nama pengguna anda jika anda mempunyai akaun dengan TradingView.

Terima kasih kerana memahami.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta