February 12, 2020
Versi Terbaru Penunjuk Profil Volum — Volum Sesi HD!

Kebanyakan anda tahu tentang penunjuk Profil Volum kami dan cara menggunakannya untuk menganalisa harga dan volum. Jika anda tidak tahu kenapa Profil Volum adalah penting, anda boleh membaca lebih lanjut di sini. Hari ini, kami melancarkan penunjuk Profil Volum yang terbaru dipanggil Volum Sesi HD.

Dengan Volum Sesi HD, apabila anda menukar rangka masa carta anda atau zoom masuk dan keluar, penunjuk Volum Sesi HD akan menentukan secara dinamik bilangan aras yang perlu dipaparkan. Ini akan memberikan anda aras harga yang lebih terperinci untuk sesi perdagangan yang tertentu. Baca lebih lanjut tentang penunjuk tersebut di sini.

 

Jika anda merupakan pengguna Pro, Pro+ atau Premium, anda boleh menikmati akses kepada keempat-empat alat Penunjuk Profil Volum.  Alat-alat ini termasuk Julat Tetap, Volum Sesi, Volum Sesi HD, Julat Dilihat.

Terima kasih kerana menjadi ahli TradingView! Jika anda mempunyai sebarang permintaan ciri atau soalan, sila maklumkan kepada kami. Kami sentiasa melancarkan ciri-ciri dan produk baru.

The fastest way to follow markets

Launch Chart