Strim sudah keluar dari BETA!

Nov 17, 2022

Apabila kami mencipta Strim, kami ada satu tujuan: memberikan pedagang dan pelabur keupayaan untuk mencipta rancangan kewangan  mereka sendiri, webinar atau penyampaian. Selepas 20,000+ jam kandungan video langsung daripada 2,000 pakar penstriman langsung, kami teruja untuk mengumumkan bahawa Strim sudah keluar dari BETA!

Laman Web Baru Strim

Laman web baru kami untuk Strim telah dicipta semula untuk menyokong 26 wilayah dan bahasa berbeza di seluruh dunia. Laman baru ini juga menjadikannya lebih mudah untuk mencari rancangan yang paling popular, berjumpa pedagang baru dan berinteraksi dengan pelabur-pelabur, kawan-kawan dan ahli-ahli komuniti semasa video langsung dijalankan.

Bagaimana untuk Mula Lakukan Penstriman

Ahli akaun Premium dengan lebih daripada 10 pengikut (bermaksud anda aktif dalam rangkaian sosial kami, berkongsi idea dan komen) boleh terus mula untuk melakukan penstriman. Sekiranya anda memerlukan pertolongan untuk mendapatkan lebih pengikut, baca catatan ini.

Kami juga telah mengemaskini Pusat Bantuan kami untuk menjadikannya satu sumber yang menyeluruh untuk pendidikan video penstriman langsung. Dengan cara ini, pengstrim baru boleh bermula dengan lebih pantas untuk mempelajari perkara-perkara seperti framerate, bitrate, strim awam lawan strim peribadi, sembang dan alat pihak ketiga seperti OBS.

Mula Diketengahkan

Strim Langsung akan sekarang terpapar di Pilihan Editor dan Strim paling popular juga akan muncul di dalam e-mel mingguan kami yang menjadi bacaan ramai. Tambahan lagi, jika anda sudah menjadi seorang pengstrim profesional, kami berminat untuk berhubung dengan anda. Sila hantarkan mesej kepada salah satu daripada akaun rasmi TradingView kami dimana-mana media social dan kami akan pastikan anda didaftarkan secepat mungkin.

Rancangan Baru Kami

Satu lagi perkara hebat yang anda tidak mahu terlepas ialah pelancaran rancangan langsung kami sendiri! Kami sedang melakukan rancangan kami sendiri yang mengandungi temuramah pedagang, petua, strategi dan kandungan kewangan yang bermanfaat. Kami akan melakukan penstriman di dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Korea, Jepun dan Turki, dengan lebih banyak bahasa pada masa akan datang.

Ikuti akaun rasmi kami untuk memastikan anda tidak terlepas rancangan penstriman kami seluruh dunia.

Terima kasih kerana membaca! Kami teruja untuk melihat semua kandungan penstriman langsung yang anda cipta.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta