October 23, 2019

Reka bentuk petunjuk carta yang baru

Anda mungkin telah menyedari bahawa kami telah menukarkan reka bentuk dan menambahkan ciri-ciri petunjuk carta kami.

Ciri-ciri baru seperti berikut:

1. Butang kawalan penunjuk/simbol ticker akan muncul apabila kursor tetikus diletakkan di atas penunjuk/symbol ticker. Ia mudah diakses jika diperlukan dan tidak mengambil banyak ruang carta anda.

Legend buttons on hover

2.Anda boleh membersihkan carta anda dan mengeluarkan maklumat petunjuk dalam beberapa saat. Hanya perlu mengklik butang anak panah untuk menyembunyikan semua nama penunjuk pada carta.

3. Sebelum ini, petunjuk banyak mengambil ruang carta dan mengeluarkannya juga tidak membantu. Kini garisan menjadi lebih pendek dan padat. Nama dan nilai penunjuk yang panjang kini tidak banyak bertindih dengan carta.


Untuk melihat semua maklumat petunjuk carta seperti dahulu, hanya perlu membuka Balut Teks daripada menu konteks ( Klik kanan pada petunjuk -> Balut Teks)

Atau daripada dialog tetapan carta (Tetapan carta -> Garis Status -> Balut Teks)

4.Latar belakang semi-lutsinar untuk petunjuk carta menjadikannya lebih mudah dibaca apabila ditunjukkan di atas lukisan.

Anda boleh mengubah paparan latar belakang petunjuk carta dalam tetapan carta anda (Tetapan carta -> Garis Status -> Latar Belakang) jika diperlukan.

Terima kasih kerana memilih TradingView dan bergantung kepada maklum balas anda. Kami mengambil semua cadangan dengan serius. Lebih banyak kemas kini yang akan datang!