Cara Baru untuk Berinteraksi dengan Broker

Nov 6, 2019

Misi kami di TradingView ialah membina alat yang terbaik untuk pedagang dan pelabur dari seluruh dunia dan platform yang berkecuali daripada broker, kami berinteraksi dengan semua orang. Hari ini, kami bergembira untuk mengumumkan  pelancaran Broker Teratas di TradingView.

Broker Teratas di TradingView merupakan tempat di mana pelabur-pelabur berbincang, menilai dan berinteraksi dengan broker dalam kaedah yang telus. Ia memberi peluang kepada komuniti TradingView untuk meninggalkan ulasan yang betul dan mendapat tawaran yang berkaitan daripada broker di TradingView.com. Untuk bermula, kunjungi laman Broker Teratas di TradingView, cari broker anda, dan tinggalkan ulasan anda. Anda juga boleh membaca ulasan pengguna lain tentang broker tersebut.

 

Dalam dunia kewangan, kepercayaan ini apa penting. Kami percaya produk baru ini akan meningkatkan kepercayaan dan membantu pengguna baru membuat keputusan yang tepat. Ulasan hanya boleh dibuat oleh pengguna yang disahkan oleh broker dan ini membolehkan mereka berkongsi pengalaman sebagai pelanggan yang benar.

Kami membina produk ini sebagai jambatan antara institusi kewangan dan pelabur dan pedagang runcit. Dengan cari ini, ia dapat membantu semua orang mencari broker yang terbaik untuk mereka dan membuat keputusan yang bermaklum. Ia juga dapat membantu broker untuk berinteraksi dengan pelabur generasi baru di platform kegemaran mereka, iaitu TradingView.

Terima kasih kerana memilih TradingView dan kami berharap lebih banyak interaksi akan wujud!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta