July 2, 2020
Tooltip Ditambahkan kepada Label Pine

Anda kini boleh menambahkan tooltip kepada label yang dicipta dalam Pine. Tooltip akan muncul apabila anda meletakkan kursor anda di atas label yang spesifik.

Teks tooltip boleh ditetapkan semasa mencipta label baru, di mana anda boleh menggunakan parameter ‘tooltip=’ baru dengan fungsi `label.new()`. Anda juga boleh mengubah teks tooltip secara dinamik dengan menggunakan fungsi `label.set_tooltip()` seperti contoh di bawah:

//@version=4
study("Tooltips", overlay = true)
var labelHi = label.new(bar_index, high, text = "High")
var labelLo = label.new(bar_index, low,  text = "Low", style = label.style_label_up)
label.set_xy(labelHi, bar_index, high)
label.set_xy(labelLo, bar_index, low)
label.set_tooltip(labelHi, "High is " + tostring(high))
label.set_tooltip(labelLo, "Low is "  + tostring(low))

Kami berharap kemas kini ini berguna untuk anda. Seperti biasa, kami mengalu-alukan  komen, maklum balas dan cadangan anda. Kami sentiasa menambahbaikkan Pine supaya anda boleh membina penunjuk dan strategi yang lebih baik.

Cara terpantas untuk mengikuti pasaran

Lancarkan Carta