September 10, 2019

Berita gembira! TradeStation kini telah langsung: Berdagang dan Mengurus Portfolio anda dalam Masa Nyata

Di TradingView, misi kami ialah menyediakan sebanyak boleh maklumat dalam satu tempat. Selepas anda menjumpai idea pelaburan yang berpotensi dan ingin berdagang. Langkah yang seterusnya biasa menyusahkan, lebih- lebih lagi pasaran bergerak dengan cepat dalam masa nyata…

Hari ini, kami bergembira mengumumkan integrasi TradeStation di TradingView untuk membantu para pedagang melaksanakan idea dagangan mereka dengan lancar. Seperti yang dijanjikan tiga bulan yang lalu, kami bekerja keras dengan pasukan TradeStation untuk menyediakan pelbagai jenis pesanan yang dikehendaki dan data yang diperlukan untuk anda membuat keputusan yang objektif, dan kami yakin pelaksanaan ini akan membawa banyak manfaat kepada pelanggan TradeStation dan juga TradingView.

Integrasi tersebut telah siap dengan sepenuhnya dan anda kini boleh menyambung akaun anda untuk mendapatkan terbaik dari kedua-dua dunia – platform kajian dan pencartaan yang luar biasa dan pelaksanaan pesanan yang hebat bagi equity , hadapan dan kelas asset yang lain.

Integrasi ini merupakan peristiwa penting dalam roadmap kami. Kami akan sentiasa bekerjasama dengan broker dan bursa kripto yang boleh diharap untuk memastikan pengalaman yang terbaik untuk anda. Kepada mereka yang mempunyai akaun langsung atau demo dengan TradeStation, anda hanya perlu buka panel dagangan dan log masuk!

Kepada mereka yang belum ada akaun – tiba masanya untuk anda mengambil perdagangan anda kepada tahap yang seterusnya dan mendaftar. Mula membuka kedudukan secara terus dari carta kegemaran anda!

Terima kasih kerana memilih TradingView dan membantu kami membina platform kewangan yang terbaik.