TradingView
MartinTFWong
Oct 9, 2018 5:21 AM

Meningkatkan Kadar Kemenangan dgn Peringkat Pasaran - Supermax Education

SUPERMAX CORPORATION BHDMYX

Description



Menguasai kemahiran untuk membaca dan mengenal pasti peringkat pasaran adalah penting untuk perdagangan saham anda. Mengenal pasti peringkat pasaran akan meningkatkan peluang anda kerana kemungkinan besar anda akan berdagang bersama wang pintar.

Sebagai pedagang saham Volume Spread Analysis, kita akan megenalpasti tanda-tanda kekuatan pada peringkat pasaran 1 dan 2 dan tanda-tanda kelemahan pada peringkat pasaran 3 dan 4.


Berdasarkan carta harian Supermax, peringkat pasaran dalam carta Supermax hampir sama dengan carta Gamuda:

1. Up-Thrust dikesan pada tahap rintangan selepas peringkat 2

2. Pengesahan pengedaran saham dan permulaan peringkat 4 dengan 2 Sell-Off bar

3. Pengedaran saham dikesan lagi dengan tanda-tanda kelemahan pada rintangan RM3.45


*Maklumat ini hanya berfungsi sebagai maklumat rujukan dan bukan untuk panggilan beli atau menjual. Mengendalikan penyelidikan dan penilaian anda sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli atau menjual saham.
More