TradingView
FIRECREST
Dec 1, 2018 6:30 AM

Analisa CL1! | 2018 : 3/12 hingga 7/12  

Crude Oil FuturesNYMEX

Description

Pada carta berganda 2 jam dan carta bulanan NYMEX:CL1!, kami dapati garisan halangan bertukar sokongan telah ditembusi pada minggu lalu. Garisan sokongan (warna jingga) merupakan garisan halangan pada suku pertama 2017 dan ditembusi pada bulan November 2017 (rujuk pada carta bulanan disebelah kanan). Soalannya disini; adakah NYMEX:CL1! akan meneruskan perjalanan ke selatan?

Berdasarkan carta 2 jam (rujuk carta sebelah kiri), pada minggu lepas (minggu ke-48), harga NYMEX:CL1! masih lagi berlegar kawasan sokongan dan halangan (petak biru). Adalah selamat untuk katakan disini, bahawa pedagang mingguan (swing trader) akan mencari peluang untuk mengimbang semula posisi kontrak mereka daripada menjual kepada membeli.

Kami mengambil keputusan neutral bagi analisa minggu ini. Berikut adalah paras sokongan dan halangan yang perlu diperhatikan pedagang harian (intraday trader).

  • Paras halangan: 52.47, 51.79 dan 51.12

  • Paras sokongan: 50.45, 49.78 dan 49.14




More