TradingView
deanmentari
Jul 11, 2021 11:13 AM

PENDIDIKAN GELOMBANG 2 ELLIOT  Long

RESERVOIR LINK ENERGY BHDMYX

Description

GELOMBANG 2 ELLIOT

Gelombang 2 adalah gelombang pembetulan ABC (Zigzag @ Flat) atau ABCDE (Segi Tiga)

Gelombang 2 membetulkan Gelombang 1

Peraturan Gelombang 2 : Gelombang 2 tidak boleh mengundur kadar 100% & melampaui titik permulaan Gelombang 1.

Ia boleh menjadi sederhana (Simple@Mono) atau kompleks. Ianya berkaitan dengan corak paten dan juga kadar Perantaraan Masa (Ranging)

Kelakuan Corak Paten Gelombang 2 : Corak ABC (Zigzag atau Flat)
Corak Zigzag & Flat (ABC) – Gelombang Pengundurannya selalu berkait dengan kadar kedalaman penurunannya dan Selalunya mengundur
pada tahap 38.2% -61.8% serta terdapat beberapa risiko menurun hingga ke bawah dari 78.6% ( Topik ini akan di sambung dalam Corak Paten).

Kelakuan Corak Paten Gelombang 2 : Corak ABCDE (Segi tiga)
Corak Segi Tiga (ABCDE) - Gelombang pengundurannya juga selalu berkait dengan kadar kedalaman penurunannya dan
selalu juga memanjang kadar perantaran masa (Ranging).

Nota : Pembentukan Corak-Corak & kadar kedalaman pengunduran adalah bergantung pada momentum Volume
Kebiasaan kadar momentum Volume Gelombang mesti lebih rendah daripada semasa Gelombang 1,

Nisbah Fibonacci: Gelombang 2
Kadar Pengunduran yang paling biasa gelombang 2 adalah 50% - 61.8% dari gelombang 1 dengan Nisbah Tertinggi kebarangkalian 75%
Bagi Pengunduran tahap 38.2%, kebiasaan kebarangkaliannya adalah 12%
Dan Pengunduran tahap melebihi 61.8 % - 88%, kebiasaan kebarangkaliannya adalah 13%

Nota Strategi :
Kebiasaannya para pedagang tidak memasuki pasaran Ketika berlakunya Gelombang 2 ini, kerana amat berisiko tinggi tetapi di bolehkan berdagang jika mahir tentang Corak paten dengan memahami pola Candlestick dan mengunakan alat Fibonacci Retracement serta displin yang tinggi.

Dean Mentari
Comments
NotaSahamMuna
Terima kasih, sangat bermanfaat
Abang_Doji
Bolehkah Gelombang Kedua dalam bentuk corak Segitiga ABCDE?
deanmentari
@Abang_Doji, mgkin boleh & tidak boleh Tuan ..Pembentukan corak- Corak di Gelombang 2 Pembetulan selalu nya adalah - Zigzag & Flat atau kombo tapi corak corak ini juga terbentuk bergantung pada Momentum sesuatu kaunter tetapi berkemungkinan ada nya berlaku Segitiga Triangle ABCDE
naimmp98
Terima kasih, tuan dean... Sangat bermanfaat.
iqramidris92
Terima kasih atas sharing bang dean. Minta izin nak save dalam nota peribadi kalau bang dean tak keberatan (>.<)
deanmentari
@iqramidris92, Alhamdulillah & Silakan ..Jika bermanfaat
iqramidris92
@deanmentari, insyaallah sangat bermanfaat bang. Terima kasih 😆😆😆
More