Penunjuk Sambungan Buruk dan Sistem Notifikasi di Desktop TradingView

Jun 29, 2021

Anda akan membuka kedudukan yang sangat anda percayai … tetapi selepas beberapa ketika, anda menyedari bahawa sambungan internet anda tidak stabil dan oleh sebab itu anda mungkin menerima kejutan! – Menyebabkan anda terlepas pemberitahuan yang sangat dinanti-nantikan, atau peluang terbaik untuk membuka kedudukan. Adakah ini biasa terdengar? Berita baik – kami telah membaikinya untuk anda. Ia bukan disebabkan kualiti internet anda (kami bukan pekerja ajaib). Tetapi dalam pelancaran ini, kami memberikan anda penunjuk baru yang memberitahu anda jika sambungan anda bermasalah. Kami tahu perdagangan boleh memberi banyak tekanan, jadi inilah cara kami untuk menjadikannya lebih mudah bagi anda.

 

Desktop TradingView kini menggunakan sistem notifikasi untuk semua sistem disokong – macOS, Windows, dan Linux. Anda akan melihat pemberitahuan walaupun berada di skrin dikunci.

Jika Desktop TradingView telah dipasang di komputer anda, ia akan dikemaskinikan secara automatik. Hanya perlu memulakan semula, dan biarkan berjalan untuk 10 minit dan mulakan semula. Untuk memastikan aplikasi ini dikemaskinikan, buka “Tentang” dan lihat nombor versi – ia sepatutnya 1.0.0-beta.8. Masih belum mendapatkan aplikasi ini? Anda boleh muat turun daripada halaman ini.

Beritahu kami pendapat anda tentang kemas kini ini. Kami berharap dapat mendengard daripada anda!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta