Akses data derivatif kripto Bitunix di TradingView

Sep 2

Meneruskan usaha kami untuk memperluaskan rangkuman pasaran dan fleksibiliti analitikal, kami telah menambahkan data bursa Bitunix kepada TradingView. Integrasi ini memberikan harga dan volum masa nyata untuk ratusan pasangan semerta dan hadapan perpetual, membenarkan anda mengikuti pasaran kripto dengan kecairan tinggi terus pada carta anda dan merancang dagangan dengan cerapan lebih meluas.

Bitunix adalah tempat dagangan derivatif kripto yang memberikan perkhidmatan kepada 3j+ pengguna merentasi 100+ negara. Ia memegang lesen U.S. MSB dan berdaftar dengan SVG Financial Services Authority. Bitunix menyokong 1k+ pasangan dagangan dengan leveraj hingga 125x, dan melaporkan volum dagangan harian melebihi USD 5 billion.

Simbol Bitunix sudah berada secara langsung di TradingView. Untuk melihat setiap kontrak dan pasangan semerta, buka Carian Simbol dan masukkan awalan “BITUNIX:” dari situ, anda juga boleh menambahkan instrumen kepada senarai amatan, menetapkan pemberitahuan atau menjalankan penunjuk dan skrip kegemaran anda.

Kami harap tambahan terkini kepada data kami akan membantu anda menerokai pasaran sejagat dengan lebih efektif. Ingat, platform kami dengan berwibawa menyambungkan kepada ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 2,019,615 instrumen dari seluruh dunia — bermakna akan ada sesuatu untuk diterokai. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya titik masukan yang anda perlukan untuk segalanya pada pasaran dunia.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami