Pendakap dari carta

Dec 30, 2021

Kami telah menambah butang pendakap untuk posisi dan pesanan pada carta. Sekarang anda tidak perlu membuka tiket-pesanan untuk meletakkan mereka — cuma tarik TP (pendakap Ambil Untung) atau SL (pendakap Renti Rugi) untuk menetapkan mereka pada aras harga yang diingini. Ciri-ciri ini adalah tersedia untuk semua broker yang menyokong pendakap pada TradingView.

Kami juga menambahkan keupayaan untuk menarik pesanan dengan pendakap di dalam satu pergerakan semasa memegang kekunci “Shift”.

Kami harap ciri baru ini akan membantu analisa pasaran anda menjadi lebih efisien dan jangan lupa untuk berkongsi maklum balas anda dengan kami — kami mengalu-alukan setiap maklum balas dari pengguna-pengguna kami.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta