Penyegerakan Julat Tarikh

May 19, 2022

Kami berbesar hati untuk mengumumkan satu penambahbaikan yang sudah lama ditunggu-tunggu kepada mod pelbagai carta kami — penyegerakan julat tarikh. Ini adalah satu cara yang lebih selesa dan lebih mudah untuk menganalisa pergerakan harga untuk satu instrumen (atau beberapa instrumen) pada selang masa berbeza.

Untuk menggunakan ciri ini, hanya lakukan yang berikut:

  • Buka pelbagai carta di dalam satu tetingkap menggunakan menu Pilih Susun Atur
  • Dayakan pilihan “Julat tarikh” di situ di dalam seksyen “Segerakkan dalam Susun Atur”

Sekarang, menatal dan menukar julat data terlihat pada satu daripada carta akan disegerakkan dengan semua carta di dalam tetingkap ini.

Sila ambil maklum, ciri ini hanya berfungsi dengan jenis-jenis carta berasaskan masa — Bar, Lilin, Lilin Berongga, Garisan, Kawasan, Garis Datar dan Heikin Ashi.

Kami pasti anda akan mendapati ciri baru ini berguna dan kami sentiasa mengalu-alukan maklumbalas kerana kami sentiasa bekerja pada penambahbaikan yang anda cadangkan.

Terima kasih kerana memilih TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta