Pemegang pelan premium dan profesional sekarang mempunyai akses kepada data intrahari sejarah dalaman dalam mod Ulangan Bar. Ini adalah satu langkah besar untuk pedagang dan kami harap kemas kini terkini ini dapat membantu anda membina strategi dagangan lebih efektif.
Ramai antara anda meminta lebih banyak data dalam Ulangan Bar dan terima kasih atas maklum balas anda dan kerja keras kami, kami telah menjadikannya satu realiti.
Sekarang adalah boleh untuk memainkan hampir semua data yang ada dalam simpanan TradingView. Untuk semua selang masa, — sama ada 1 jam, 1 minit atau 1 saat — anda akan mendapat akses kepada kedalaman maksimum sejarah data, dan anda boleh memainkannya dalam mod Ulangan Bar sejauh mana data simbol itu ada di TradingView.
Untuk beberapa simbol, kami ada 1 minit data sehingga tahun 2011, untuk yang lain, sehingga tahun 2009, manakala selebihnya, data boleh dilanjutkan lebih jauh, sejauh tahun 2000. Jadi, anda boleh memainkan sehingga 20+ tahun data minit dalam mod Ulangan Bar. Hebat kan?
Untuk semua rangka masa berasaskan saat, TradingView menyimpan data bermula dari bulan Ogos 2022, bermaksud anda telah pun mempunyai akses kepada data saat sejarah untuk dua tahun.
Sila ambil maklum, jumlah data sejarah mungkin berbeza bergantung kepada simbol yang dipilih dan rangka masa carta, dan panjang data intrahari mungkin lebih pendek daripada rangka masa berasaskan harian. Sebagai contoh, jika anda memainkan NASDAQ:AAPL pada rangka masa harianm sejarah harian akan bermula dari 12 Disember, 1980, manakala data 1 minit AAPL bermula dari 3 Januari, 2000 dan bar 1 saat terawal dalam Ulangan Bar bertarikh 17 Ogos, 2022.
Anda boleh memeriksa ketersediaan data sejarah untuk simbol tertentu berdasarkan kepada langganan dan rangka masa carta anda, dan memilih bar sejarah tersedia pertama sebagai titik mula ulangan menggunakan butang Pilih hari tersedia pertama.

Dengan kemas kini ini, kami juga telah memberikan lebih banyak data intrahari sejarah dalam mod Ulangan Bar untuk pelan Plus:
- Pelan Plus sekarang menyokong 6 bulan untuk data 1 minit, lebih tingi daripada had sebelum ini iaitu 6 minggu.
- Untuk rangka masa 2 minit, had ini digandakan jadi data 2 minit untuk setahun sudah tersedia; untuk data 3 minit, ia diganda tiga menyebabkan data 3 minit untuk 18 bulan sudah tersedia dan seterusnya.
- Semakin tinggi rangka masa dipilih, semakin banyak data intrahari yang anda boleh mainkan.
Sila ambil maklum bahawa kemas kini ini tidak tersedia untuk carta hadapan berterusan — simbol 1! dan 2! (sebagai contoh, ES1!, BANKNIFTY1!), dan kepada kontrak hadapan dengan tetapan diaktifkan pada Guna penyelesaian sebagai penutup pada selang harian kerana mereka mempunyai sekatan intrahari mereka sendiri disebabkan keadaan sintetik mereka dan adalah tidak dibolehkan untuk memainkan lebih daripada 20K bar intrahari dalam mod Ulangan Bar.
Anda boleh mendapatkan lebih maklumat mengenai ciri Ulangan Bar dan jumlah data yang tersedia untuk Ulangan Bar dalam Pusat Bantuan.
Kami harap anda mendapati kemas kini yang sangat dipinta ini berguna sebagaimana yang kami rasakan, dan teruskan menghantar kepada kami maklum balas dan cadangan supaya kami dapat menjadikan platform ini sebaik yang mungkin. Kami membina TradingView untuk anda dan kami sentiasa berminat untuk mengetahui pendapat anda.
— Pasukan TradingView