Data pasaran niaga hadapan kripto Deepcoin sekarang sudah diintegrasikan dengan TradingView, menstrimkan harga tingkatan milisaat, volum dan kedalaman buku pesanan terus kepada carta anda dan membuka perpustakaan penuh platform sebanyak 400 lebih penunjuk dan alatan lukisan untuk analisis lebih mendalam.
Ditubuhkan pada tahun 2019, Deepcoin telah berkembang kepada lebih daripada sepuluh juta pengguna berdaftar merentasi tiga puluh negara dan melaporkan volum dagangan kumulatif lebih daripada USD 1 trillion. Bursa ini menyokong pasaran Semerta (Spot market), dan perpetual dan kontrak balikan (inverse contract). Data masa nyata di TradingView membenarkan aktiviti reka bentuk strategi dan ujian belakang yang lancar.
Sama ada anda bergantung kepada MACD, RSI, anjakan Fibonacci atau skrip Pine tersuai, anda sekarang boleh menguji idea dan memantau pasaran Deepcoin tanpa meninggalkan carta TradingView anda. Data Deepcoin mengalir ke dalam pelbagai jenis alatan TradingView untuk kegunaan anda, jadi anda boleh mengesahkan prestasi sebelum anda meletakkan modal sebenar.
Untuk bermula, buka panel Carian Simbol dan masukkan “Deepcoin:”. Anda akan dapat melihat senarai penuh kontrak niaga hadapan yang ada, sedia untuk ditambahkan kepada carta atau senarai amatan anda dengan satu klik.
Kami harap tambahan terkini kepada data kami akan membantu anda menerokai pasaran sejagat dengan lebih efektif. Ingat, platform kami dengan berwibawa menyambungkan kepada ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 2,019,615 instrumen dari seluruh dunia — bermakna akan ada sesuatu untuk diterokai. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya titik masukan yang anda perlukan untuk segalanya pada pasaran dunia.