Di TradingView, kami sentiasa bekerja untuk memberikan anda lebih cerapan pasaran. Kemas kini terkini kami memperluaskan rangkuman metrik kripto: sekarang anda boleh menerokai niaga hadapan kripto dan perpetual swap dari Bitget, HTX, Kraken, Deribit, Bitmex dan Coinbase dengan lebih ketepatan.
Ini bermakna akses kepada metrik berkuasa seperti kadar pembiayaan, pencairan, nisbah panjang/singkat dan open interest dari beberapa bursa paling aktif di dunia. Semua penunjuk adalah tersedia pada menu Penunjuk, tab Kewangan, sedia untuk diaplikasikan terus kepada carta anda.

Memahami aktiviti derivatif adalah kunci kepada menganalisa dinamik pasaran. Penunjuk-penunjuk ini menjadikannya lebih mudah untuk mencari trend, menjejak jangkaan pelabur dan menjangkakan perubahan. Mari pecahkan setiap satu daripada mereka untuk melihat bagaimana anda boleh memaksimumkan penggunaan mereka.
Menilai tekanan pasaran dengan kadar pembiayaan
Kadar pembiayaan adalah aliran tunai berkala yang membuatkan hadapan perpetual sejajar dengan harga semerta. Kerana perpetual tiada tarikh luput, bursa memperkenalkan kadar pembiayaan sebagai daya pengimbang.
- Kadar pembiayaan positif bermaksud perpetual didagangkan di atas semerta, panjang membayar singkat (longs pay shorts), jadi ada tekanan belian kuat dari pedagang yang menjangkakan kenaikan harga
- Kadar pembiayaan negatif terjadi apabila perpetuals didagangkan di bawah semerta, singkat membayar panjang (shorts pay longs), bermaksud tekanan jualan menguasai
Penunjuk ini membantu anda mengukur dari mana tekanan pasaran datang dan sama ada harga akan datang adalah terlalu jauh dari harga semerta.
Mengenal pasti titik balikan dengan pencairan
Pencairan berlaku apabila posisi dileverajkan ditutup secara automatik disebabkan keperluan margin tidak dipenuhi. Ada dua jenis:
- Pencairan bahagian beli: bursa menutup singkat dengan membeli semula aset
- Pencairan bahagian jual: bursa menutup panjang dengan menjual aset
Menganalisa pencairan boleh membantu anda melihat ke mana arah pasaran akan bergerak. Pencarian panjang (long liquidation) selalunya datang selepas kejatuhan dan pencairan singkat (short liquidation) selalunya terjadi selepas kenaikan tiba-tiba. Sebaik sahaja belian atau jualan paksa selesai, pasaran akan kembali stabil, yang selalunya akan mencipta puncak/jurang jangka pendek dan memberikan gambaran adanya kemungkinan balikan.
Menerokai sentimen dengan akaun panjang/singkat
Kami telah menambahkan dua penunjuk untuk membantu anda memahami dengan lebih baik perasaan pelabur.
Akaun nisbah panjang/singkat menunjukkan bilangan akaun yang memegang posisi panjang kepada singkat — bacaan jelas pada sentimen keseluruhan. Anda boleh menggunakan metrik ini untuk memeriksa jika peserta adalah cenderung kepada bulis atau bearis.
Ambil maklum bahawa setiap akaun dikira sekali, tanpa mengira saiz posisi.
Penunjuk berguna lain adalah Akaun panjang singkat % — ini menunjukkan anda peratusan pedagang dengan posisi panjang (menjangkakan kenaikan harga) dan mereka dengan posisi singkat (menjangkakan penurunan). Bersama-sama, dua nilai ini sentiasa menambahkan sehingga 100%, menjadikan perubahan lebih mudah dijejaki.
Mengkaji pergerakan pasaran dengan open interest
Open interest mengukur jumlah bilangan kontrak hadapan aktif (yang masih belum ditutup atau selesai) pada mana-mana titik masa diberikan.
Ia boleh dipaparkan dalam kontrak, asas atau mata wang sebut nilai bergantung kepada bursa. Dengan menjejak nilai ini bersama-sama harga, anda boleh melihat sama ada pergerakan pasaran adalah disokong oleh wang baharu atau pencairan kedudukan. Sebagai contoh, kenaikan open interest dengan kenaikan harga menunjukkan posisi baharu masuk pada bahagian panjang, manakala kenaikan nilai dengan kejatuhan harga menunjukkan posisi singkat baharu ditambahkan. Sebaliknya, kejatuhan OI dengan pergerakan harga mencadangkan posisi yang ada sudah ditutup atau dicairkan dan bukannya dikembangkan.
Kami harap kemas kini ini akan membantu anda menavigasikan pasaran sejagat dengan lebih baik. Beritahu kami apa anda fikir — idea anda membantu kami menambah baik platform.
Pasukan TradingView