Niaga hadapan perpetual sekarang tersedia untuk analisis di TradingView

Jul 16

Sertai kami untuk mengalu-alukan kemas kini terkini yang lebih mendalam kepada liputan kripto kami. Dengan akses terus kepada cerapan daripada bursa sejagat yang berkembang pantas, integrasi LBank kepada TradingView membawa anda kuasa untuk menerokai data hadapan perpetual tanpa perlu meninggalkan carta anda. Integrasi ini akan memberikan lebih alatan kepada pedagang baharu dan berpengalaman untuk melakukan keputusan lebih baik.

Ditubuhkan pada tahun 2015, LBank telah berkembang menjadi pemain utama dalam dunia kripto, dengan lebih daripada 15 juta pengguna dan volum dagangan harian melebihi $4 billion. Dikenali untuk penyenaraiannya yang pantas — kadang-kala hanya sejam selepas penciptaan token — LBank menyokong 800+ mata wang kripto semerta dan 600+ pasangan dagangan hadapan, dengan memfokuskan kepada syiling meme. Kecairan bursa yang tinggi dan perkembangan yang pantas menjadikannya platform yang dituju untuk dagangan altcoin dan syiling meme.

Dengan integrasi terkini kami, anda boleh melihat data pasaran masa nyata untuk kontrak perpetual LBank terus di TradingView. Sama  ada anda menjejak pasangan utama seperti BTCUSDT atau memfokuskan kepada pasangan lebih nic dalam analisis anda, data LBank sekarang adalah sebahagian daripada pengalaman pencartaan anda. Ia akan membantu anda terjun lebih dalam kepada analisis pasaran kripto, memberikan reaksi pantas kepada pergerakan pasaran dan dapat memahami pergerakan niaga hadapan kripto dengan lebih baik.

Untuk menerokai data LBank, hanya buka Carian Simbol di TradingView dan masukkan awalan LBANK:. Dari sini, anda boleh melihat senarai penuh kontrak perpetual swap yang ada, sedia untuk ditambahkan kepada senarai amatan atau carta anda dengan pantas.

Kami harap tambahan terkini kepada data kami akan membantu anda menerokai pasaran sejagat dengan lebih efektif. Ingat, platform kami dengan berwibawa menyambungkan kepada ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 2,019,615 instrumen dari seluruh dunia — bermakna akan ada sesuatu untuk diterokai. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya titik masukan yang anda perlukan untuk segalanya pada pasaran dunia.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami