Penunjuk terbina dalam baru: Volum 24 jam

May 25, 2022

Kami telah menambahkan satu penunjuk baru Volum 24 jam kepada Pine. Ia adalah direkabentuk untuk mengira volum untuk kadar pusing ganti harian di dalam satu matawang tertentu.

Untuk menggunakan penunjuk baru, hanya buka tab “Penunjuk, Metrik & Strategi” dan pilih “Volum 24 jam”.

Dalam banyak cara, penunjuk baru berfungsi sama seperti penunjuk Volum yang terkenal berfungsi. Perbezaannya adalah Volum 24 jam adalah satu metrik yang digunakan untuk menjejak jumlah nilai semua transaksi di dalam tempoh 24 jam. Ia boleh digunakan untuk mengukur minat pasaran di dalam satu matawang tertentu pada hari dan malam sebelumnya. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai bagaimana penunjuk Volum 24 jam berfungsi di dalam Pusat Bantuan kami.

Penunjuk adalah ditulis di dalam bahasa Skrip Pine kami, jadi peminat Pine boleh melihat dengan lebih teliti bagaimana Volum 24 jam berfungsi menerusi editor Pine. Jika anda mahu memeriksa kod penunjuk atau mengubahnya untuk kegunaan persendirian, klik butang “Buka, pilih “Skrip Asal Baru Binaan Dalam” dari menu lungsur turun dan cari ”Volum 24 jam” di situ:

Kami harap anda mendapati kemaskini ini berguna. Terima kasih kerana mencarta bersama kami.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta